Mereka mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri yang baru dilantik, Mohd Zubir Embong.
Terdahulu, majlis dimulakan dengan cadangan dari Menteri Besar, Datuk
Seri Ahmad Said yang mengemukakan nama Zubir sebagai Speaker Dun yang
baru dan disokong Adun Kuala Berang, Datuk Tengku Putera Tengku Awang.
Beliau mengangkat sumpah jawatan itu di depan Setiausaha Dewan Undangan Negeri Terengganu, Azhar Jusoh pada pukul 9.42 pagi.
Majlis kemudiannya diteruskan dengan sesi mengangkat sumpah 32 Adun
tersebut yang diketuai Ahmad yang juga Adun Kijal pada pukul 9.50 pagi
di depan Speaker Dun yang baru.
Zubir ketika ditemui pemberita mengucapkan terima kasih atas
kepercayaan Menteri Besar yang melantiknya menjawat jawatan itu dan
berjanji akan mengendalikan persidangan Dun dengan baik, bukan dengan
adil dan saksama.
Selaku Speaker, sepatutnya tidak berpihak, Zubir seharusnya
memberikan hak yang sama kepada kedua-dua belah pihak samada dari
kerajaan atau pun pembangkang dalam DUN.
Namun, semua pihak tahu, pelantikan beliau selaku Speaker Dun
merupakan ‘hadiah’ kepada pengorbanan Zubir dan kemenangan tipis Umno-BN
Terengganu keatas PAS dan Pakatan Rakyat, dalam pilihanraya umum kali
ke-13 lalu.
Mohd Zubir, bekas Ketua Sektor Akademik Jabatan Pelajaran Negeri
Terengganu adalah calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Kuala
Terengganu pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) 5 Mei lalu namun kalah
kepada calon PAS, Raja Datuk Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad.
Zubir mendapat 35,043, kurang lebih 10,000 undi di belakang Raja Bahrin yang mendapat kepercayaan dari 45,828 orang pengundi.
Beliau bukanlah calon popular yang disebut-sebut untuk dilantik ke
jawatan tersebut memandangkan pengalaman ‘setahun jagung’ beliau dalam
arena politik khususnya di negeri Terengganu.
Ramai yang membuat telahan bekas calon Parlimen Dungun yang juga
Ketua Bahagian Umno Dungun, Datuk Rosli Mat Hassan akan dilantik sebagai
Speaker Dun.
Pak Rosli bukan sahaja berpengalaman, tenggelam timbul dalam politik
Umno Terengganu, bahkan beliau adalah ketua ‘bilik perang’ Ahmad Said
selaku Pegarah Strategi Umno Terengganu.
Namun, kerana Pak Rosli yang ‘antik’ itu, mungkin di lihat ‘tidak
suci’, berbanding ‘Zubir’ yang masih ‘dara’ yang belum terpalit dengan
‘dosa dan noda’.
Rekod dan kad laporan Pak Rosli yang digelar ‘Dr.Jepun’ mungkin tidak
sebersih dari segi akademiknya berbanding Cikgu Zubir, kerana ada
‘tanda hitam’ dalam kurungan ‘rasuah’, tercatat dalam salah satu kolum
prestasi Pak Rosli.
Selain itu, walaupun masih menganggur, selepas kalah di Parlimen
Dungun dengan calon PAS, Ustaz Wan Hassan Mohd Ramly, Pak Rosli
dilaporkan masih banyak wang dalam simpanan.
Berbanding Zubir, yang tidak lagi bekerja dan benar-benar menganggur
setelah meletakkan jawatannya sebagai Ketua Sektor Akademik Jabatan
Pelajaran Negeri Terengganu.
Zubir dipilih bukan kerana prestasi akademik dan bukan kerana rekod
perkhidmatan di Jabatan yang baik, jauh sekali kerana populariti beliau
samada di bidang pendidikan atau bidang politik.
Sehingga kini, tak ada guru-guru yang mengangkat ‘ibu jari’ apabila
ditanya tentang rekod Zubir, sepanjang perkhidmatannya di Jabatan.
Orang-orang Umno Kuala Terenggau diperingkat ‘akar umbi’ pun tidak
kenal Zubir dari segi khidmat politik berbanding nama-nama ahli politik
lain, umpamanya Wan Bersaudara, anak-anak Wan Salleh, Wan Farid dan Wan
Hisham.
Zubir dilantik menjadi Speaker Dun kerana jawatan itu merupakan
‘ghanimah’ kepada mereka yang kalah perang, seperti Datuk Tengku Putera
Tengku Awang dan Datuk Che Mat Jusoh sebelum ini.
Bahasa Arab Perlu Ditekankan Sejak Awal Persekolahan
-
*Oleh : Amiirullah Mansor*
DUNGUN, 29 Disember- Kepentingan modul Bahasa Arab perlu diterapkan kepada
pelajar sejak sekolah rendah lagi bagi mengatasi ma...
4 years ago