Dah, kebetulan satu hari duk main dalam DUN Rhu Rendang, apa salahnya sebagai Menteri Besar yang 'merakyat' Ahmad Said singgah di Rusila.
Berhenti solat Asr' sebentar sebelum balik ke rumah apabila selesai program Lawatan Kerja Sehari ke DUN Rhu Rendang.
Sampai di masjid Rusila seeloknya waktu solat berjamaah, dang sekali dengan jamaah orang kampung sekitar situ dan sekali dengan pelajar-pelajar Ma'had Darul Quran.
Selain itu ramai pelancong dari negeri lain yang singgah solat di masjid Rusila yang terkenal itu, pasti mereka terpegun apabila melihat Ahmad Said bersolat sekali dengan rakyat jelata di masjid Rusila.
Sekurang-kurangnya kalau Ahmad tak beri bantuan 'atap'kepada penduduk kampung Rusila pun tak apa. Orang Rusli pun tak minta lebih-lebih. Lagipun Ahmad Said tak boleh beri lebih pun, setakat bantuan 'atap' sahaja yang boleh dia beri.
Tapi orang Rusila pasti bersyukur sekiranya Ahmad said dapat duduk sebentar mendengar tazkirah Tok Guru, baca hadis sepotong dua sempena kedatangan Ahmad ke masjid itu.
Tok Guru pun akan jemput Ahmad Said naik ke rumah kayu, Bekas Menteri Besar Terengganu itu, duduk di anjung tempat biasa Tok Guru terima tetamu.
Kan hebat Ahmad said..... politikus yang serba boleh, boleh ketengah ketepi, duduk dengan orang UMNO dan orang PAS.
Tapi malangnya, Ahmad Said tak singgah pun di masjid Rusila, walaupun seharian berjalan dalam DUN Rhu Rendang.
Setakat yang diketahui, bukan hanya tidak singgah di Rusila, malah tak singah pun bertanya khabar dengan wakil rakyat Rhu Rendang, dimana ada orang-orang yang susah yang perlukan bantuan.
Tajuk pada akhbar Sinar Harian tu bukan main mengampu 'MB Perjuangkan Nasib Rakyat.
Kalau benar bagai dikata, mengapa Ahmad tidak berjumpa dengan wakil rakyat yang dipilih oleh rakyat, yang menang dalam pilihanraya lalu.
Inilah sikap Ahmad yang tidak demokratik, yang cakap tak serupa buat, yang hanya bercakap, tapi tak ingat pun apa yang dikatakannya.
Kalau Ahmad mengotakan cakapnya untuk merakyatkan pembangunan, menjadi menteri besar rakyat, membantu semua rakyat tidak kira latarbelakang, sepatutnya Ahmad sekurang-kurangnya iktiraflah wakil rakyat Rhu Rendang. Tanyalah wakil rakyat rumah mana yang nak diberi atap.
Kalau Ahmad buat begitu, dan sudi nak beri bantuan melalui wakil yang dipilih oleh rakyat, bukan sahaja Ahmad disambut sebagai MB yang perjuangkan nasib rakyat, bahkan PAS Kawasan Marang dan Rusila akan adakan kenduri sembelih lembu panggil orang kampung ramai-ramai.
Tapi Ahmad hanya beri bantuan kepada orang UMNO sahaja, seolah-olah orang UMNO sahaja yang bayar cukai, orang PAS tak bayar cukai.|
Ahmad hanya beri bantuan atap hanya kepada orang-orang yang menyokong UMNO sahaja seolah-olah orang PAS tidak layak menerima bantuan atap kerana orang PAS bukan rakyat Terengganu !
Begitu ke Ahmad Said ????
No comments:
Post a Comment