Terbaliknya pemikiran mereka bukan kerana mereka mengikut ajaran pemikiran Adward De Bono, tetapi pemikiran mereka sudah diterbalikkan oleh 'Najib De Altantuya'
Contohya dalam memahami bahawa 'Mahkamah Tinggi putuskan Sultan tidak boleh pecat Menteri Besar', orang UMNO kata Sultan berkuasa memecat kerana Sultan berkuasa melantik Menteri Besar.
Terbalik Yang Pertama
Dalam kes Sultan Perak Sultan Azlan Shah yang telah memberi kata dua kepada Nizar Jamaludin pada 7 Feb lalu, katanya, sekiranya Nizar tidak meletakkan jawatan, maka ia dianggap telah dipecat.
Itu antara pemikiran asal yang membuatkan orang UMNO berfikir secara terbalik.
Orang-orang UMNO kena sedar bahawa merekalah juga yang telah 'menelanjangkan' sultan-sultan pada tahun 1983 dulu.
Maka sekarang sultan, walaupun menganggap diri mereka lebih tinggi dari politik, tetapi tidak terlepas dari undang-undang.
Malangnya, yang menyatakan sekiranya Nizar tidak meletakkan jawatan, maka ia akan terpecat dengan sendirinya itu adalah seorang bekas ketua hakim negara.
Sebab itulah yang menjadi pemikiran UMNO terbalik, kerana menganggap pemikiran yang dibuat oleh Sultan Azlan Shah itu betul.
Akhirnya pada 11 Mei lalu, mahkamah tinggi telah memutuskan Sultan tidak boleh memecat Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dari jawatannya kerana beliau (Menteri Besar) tidak memegang jawatan itu atas perkenan baginda.
Terbalik Yang Kedua
Orang-orang UMNO mengatakan bahawa Sidang Dibawah Pokok pada 3 Mac lalu adalah sidang yang tidak sah, sedangkan majoriti ahli-ahli perundangan berpendapat ia adalah sidang yang sah.
Pemikiran terbalik orang-orang UMNO mengatakan bahawa sidang DUN mesti dijalan dalam DUN, sedangkan ia boleh diadakan dimana-mana, sekiranya wakil-wakil rakyat terhalang dari mengadakannya dalam DUN.
Misalnya sekiranya DUN hangus terbakar, maka dibuat di satu tempa lain yang bukan DUN.
Sudah pastinya persidangan itu sah. Umpama orang mahu bersembahyang, tetapi masjid dikunci. Maka ia bersembahyang dikaki lima masjid, maka sembahyang orang itu adalah sah.
Pemikiran Terbalik yang Ketiga
Ahli-ahli perundangan juga memberikan pandangan bahawa kerajaan negeri Perak yang diuruskan oleh UMNO/BN dibawah Dato' Seri Dr Zambry adalah tidak sah.
Tetapi orang-orang UMNO berkata kerajaan Zambry itu sah kerana mereka mempunyai majoriti melebihi ADUN-ADUN Pakatan Rakyat.
Majoriti ahli perundangn mengatakan kerajaan Zam,bry tidak sah kerana Kerajaan PakatanRakyat di tamatkan riwayatnya tidak berlandaskan undang-undang.
Iaitu sesuatu kerajaan yang mahu ditamakan riwayatnya mesti melalui sidang DUN, dibuat usul undi tidak percaya dan diluluskan dalam sidang DUN dengan majoriti.
Tapi pemikiran terbalik orang-orang UMNO berkata rampasan kuasa seperti yang dilakukan oleh najib De Altantuya itulah yang sahnya, dan tidak perlu kepada sidang DUN.
Terbalik Yang Keempat
Apabila kerajaan yang diuruskan oleh Zambry masuk mentadbir kerajaan negeri Perak, orang-orang UMNO berfikiran terbalik dan menganggap pelantikan Exco-exco Zamby adalah sah.
Sebenarnya itu adalah salah dan terbalik.
Pelantikan Zambry sendiri adalah tidak sah kerana tidak mengikut undang-undang, kemudian bagaimana Zambry yang tidak sah perlantikannya itu boleh melantik orang-orang lain pula menjadi para Exconya?
Begitu juga apa-apa perlaksanaan yang dibuat oleh Exco-exco yang tidak sah itu, orang-orang UMNO berfikiran terbalik dengan mengatakan semua urusan yang dilaksanakan adalah sah.
Sedangkan pelantikan Exco-exco iti sendiri sudah dibuat secara tidak sah kerana dilantik oleh Menetri Besar Zanbry tang tidak sah perlantikannya.
Terbalik yang Ke Lima
Orang-orang UMNO juga telah diterbalikkan pemikirannya dengan menganggap Sidang DUN pada 7 Mei adalah sah.
Dengan itu mereka berfikran terbalik dan mengatakan bahawa pelantikan Ganesan sebagai Speaker DUN adalah sah.
Hakikatnya, tidak ada sidang DUN yang berlaku kerana Speaker yang sah, Sivakumar belum membuka sidang DUN, dan tidak pun memulakan Sidang DUN tersebut.
Kemudian pemikran terbalik orang-orang UMNO menyatakan ususl yang dibawa oleh mereka untuk memecat speaker adalah sah.
Sedangkan bagaimana usul tersebut dibawa kedalam DUN kerana Speaker telah menolak usul tersebut sehari sebelum Sidang DUN diadakan.
Pemikiran Terbalik Seterusnya
Apabila mahkamah tinggi pada 11 Mei mengisytiharkan Nizar adalah Menteri Besar yang sah, dan Zambry adalah MB yang tidak sah, Zambry telah meminta mahkamah menangguhkan pelaksanaan keputusan mahkamah tinggi itu.
Kemudian pada keesokkan harinya, apabila 'mahkamah mee segera' membuat keputusan pantas memberikan penangguhan kepada Zambry untuk melaksanakan keputusan mahkamah tinggi pada 11 Mei, orang-orang UMNO berfikiran kecamuk (bukan sahaja terbalik, lebih teruk lagi) apabila mereka mengatakan bahawa Zambry menjadi Menteri Besar yang sah dengan keputusan penangguhan itu.
Sedangkan keputusan pada 12 Mei yang diperolehi oleh Zambry hanyalah 'menangguhkan sementara' perlaksanaan keputusan mahkamah tinggi, bukannya membatalkan perintah mahkamah tinggi itu.
Sepatutnya, orang-orang UMNO berfikiran lurus dan tidak terbalik, tetap dengan keputusan mahkamah yang tidak mengiktiraf Zambry sebagai Menteri Besar yang sah.
Mahkamah pada 12 Mei, tidak menterbalikkan keputusan pada 11 Mei, iaitu Nizar masih Menteri Besar yang sah, dan Zambry yang tidak sah.
Tetapi oleh kerana orang-orang UMNO yang berfikiran kecamuk telah mengiktiraf Zambry menteri Besar dan beliau masuk semula mentadbir kerajaan negeri Perak.
Banyak lagi pemikiran UMNO yang terbalik. Antaranya polis tidak ada kuasa menalankan tugas sebagai polis di dalam Dewan undangan Negeri.
Tetapi orang UMNO kata polis boleh menjalankan tugas kerana diminta oleh speaker DUN yang tidak sah pelantikannya Ganesan supaya polis menjalankan tugas dalam Dewan Undangan Negeri yang dianggap mulia.
Bentara Dewan yang sepatutnya mengikut arahan Speaker yang sah, tetapi orang-orang UMNO kata tindakannya menurut perintah Ganesan, speaker yang tidak perlantikannya itu adalah betul.
Yang paling terusk sejak dari awal lagi, pemikiran orang UMNO yang terbalik adalah mengatakan bahawa tidak apa sekiranya pemimpin mereka melakukan kesalahan seperti memakan rasuah.
Tidak apa ambil rasuah, kerana ambik untuk orang-orang Melayu.
Asal Melayu sahaja yang melakukakn sesuatu tindakan itu, tidak dianggap satu kesalahan kerana pemikiran UMNO yang telah diterbalikkan menganggap orang Melayu adalah segala-segalanya.
Lihat penghakiman Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim sebagimana beita yang dikeluarkan Bernama
KUALA LUMPUR: Sultan Perak Sultan Azlan Shah tidak boleh memecat Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dari jawatannya kerana beliau (Menteri Besar) tidak memegang jawatan itu atas perkenan baginda.
Ini keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim bila beliau mengisytiharkan Mohammad Nizar sebagai Menteri Besar Perak yang sah pada 11 Mei.
Dalam penghakiman 78 muka yang dikeluarkan kepada media semalam, Abdul Aziz berkata sebaik saja Menteri Besar dilantik, beliau dan majlis exconya bertanggungjawab kepada Dewan Undangan Negeri (DUN) dan tiada siapa lain.
Beliau berkata ini menurut fasal (2), (5), (6) dan (7) Artikel 16 Undang-undang Tubuh Negeri Perak.
"Sebaik saja menteri besar dilantik, menteri besar mentadbir negeri menerusi Majlis Eksekutif dan menasihatkan Sultan mengenai hal ehwal negeri sebagaimana diperuntukkan di bawah Artikel 18 (1) Undang-undang Tubuh Negeri Perak.
Hakim Abdul Aziz berkata Sultan bertindak atas nasihat kecuali dalam perkara di mana Undang-undang Tubuh Negeri Perak memperuntukkan bahawa Baginda boleh bertindak atas budibicara baginda semata-mata.
Beliau berkata berdasarkan peruntukan dalam Artikel 16, ia mensyaratkan bahawa dewan undangan adalah pihak yang menentukan sama ada ia menaruh keyakinan terhadap Menteri Besar selaku ketua majlis eksekutif menerusi undi tidak percaya terhadap Menteri Besar.
"Saya berpendapat bahawa pemecatan Menteri Besar oleh Baginda atau oleh sesiapa lain tidak sekali-kali dipertimbangkan di bawah Artikel 16 (6) Undang-undang Tubuh Negeri Perak," kata beliau.
Beliau berkata fasal 7 Artikel 16 undang-undang tubuh itu memperuntukkan bahawa kecuali Menteri Besar, anggota-anggota lain Majlis Eksekutif memegang jawatan atas perkenan Sultan dan mereka (anggota eksekutif) boleh dipecat dari jawatan oleh Sultan yang bertindak atas nasihat Menteri Besar.
Abdul Aziz berkata Sultan Perak telah menemui dan menginterbiu tiga anggota dewan negeri yang menjadi anggota bebas dan seorang lagi anggota dewan yang sebelumnya keluar dari Barisan Nasional (BN) tetapi kemudian menyertai semula parti itu dan mereka memberitahu Sultan tentang sokongan mereka kepada BN secara sukarela tanpa dipaksa oleh mana-mana pihak.
Abdul Aziz, bagaimanapun berkata, walaupun menerusi pertanyaan Sultan, Baginda berpendapat Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir mendapat sokongan majoriti anggota DUN, ini tidak bermakna Baginda boleh membuat keputusan bahawa Mohammad Nizar tidak lagi mendapat keyakinan majoriti dewan berkenaan.
Beliau berkata pendapat peribadi atau keputusan Sultan tidak relevan kepada maksud Artikel 16 (6) yang memperuntukkan bahawa "jika Menteri Besar tidak lagi mendapat keyakinan majoriti anggota dewan undangan, maka, kecuali atas permintaannya, Baginda membubarkan dewan, beliau dikehendaki mengemukakan peletakan jawatan majlis eksekutif".
Abdul Aziz mendengar prosiding semakan kehakiman yang dibawa oleh Mohammad Nizar, 52, memohon writ "quo warranto" dikeluarkan terhadap Zambry untuk memberi sebab atas asas apa atau kuasa apa beliau adalah menteri besar yang sah.
Abdul Aziz kemudian mengisytiharkan Mohammad Nizar sebagai Menteri Besar yang sah selepas memutuskan bahawa beliau (Nizar) tidak pernah melepaskan jawatan menteri besar oleh kerana beliau tidak kehilangan keyakinan majoriti dewan undangan negeri.
Mohammad Nizar, dilantik sebagai Menteri Besar pada 17 Mac tahun lepas selepas pakatan DAP-PKR-PAS memenangi 31 kerusi dalam plihan raya umum ke 12.
Kedua-dua pihak, bagaimanapun, mempunyai 28 kerusi masing-masing, selepas tiga anggota dewan dari pakatan itu keluar parti untuk menjadi anggota bebas dan yang keempat melompat semula dari PKR kepada Umno.
Sultan kemudian meminta Mohammad Nizar meletak jawatan menteri besar dan Zambry mengangkat sumpah selepas mengisytiharkan bahawa Barisan Nasional mempunyai majoriti di dewan undangan negeri.
Mahkamah Rayuan, pada 12 Mei, membenarkan perintah penangguhan keputusan itu kepada Zambry dan menetapkan Khamis ini untuk mendengar bersama permohonan Mohammad Nizar mengetepikan perintah penangguhan.
Dalam penghakimannya, Hakim Abdul Aziz juga berkata beliau tidak meragui bahawa Sultan mempunyai budi bicara mutlak berhubung pelantikan Menteri Besar dan tidak memperkenan permintaan bagi pembubaran DUN.
"Saya tidak pernah meragui tentang pelaksanaan prerogatif diraja untuk melantik seorang Menteri Besar mengikut Artikel 16 (2) Undang-undang Tubuh Negeri Perak semata-mata berdasarkan pendapat peribadi Baginda.
"Dan bahawa Baginda boleh memilih apa carapun bagi memuaskan hati dan membuat keputusan sewajarnya tentang siapa yang mendapat keyakinan majoriti DUN hingga beliau boleh dilantik sebagai menteri besar untuk memimpin majlis eksekutif," katanya.
Abdul Aziz bagaimanapun berkata perkara yang sama tidak boleh dilakukan berhubung Artikel 16 (6) dalam memutuskan sama ada Menteri Besar tidak lagi mendapat keyakinan majoriti anggota dewan undangan. BERNAM