Akibat bergaduh sesama sendiri, maka UMNO Terengganu ‘diswatakan’ kepada kerajaan Pusat dan orang luar jadi Pengerusi Perhubungan UMNO Terengganu.
Padan dengan muka UMNO!
Cucu kepada ahli parlimen Parti Negara dari kawasan Kuala Terengganu pada tahun 60an (Datuk Onn Jaafar) kini menjadi Pengerusi Perhubungan UMNO Terengganu.
Mampukan cucu Onn Jaafar menyatukan UMNO Terengganu yang berbalah ?
Sedangkan Onn Jaafar sendiri cabut lari dari UMNO !
Itu rumah tangga UMNO yang memang tidak akan aman kerana rakyat semua tahu pemimpin UMNO Terengganu sebenarnya berebut untuk mendapatkan ‘dana’ untuk membuncitkan perut masing-masing.
Bukan setakat pitih royalti yang mereka kejar, bahkan segala dana yang ada, sebaik sahaja mereka tahu, mereka akan gunakan apa jua cara untuk mendapatkan habuan.
Seorang kawan memberitahu, antara dana yang sedang masuk ke negeri Terengganu adalah Dana ECER bagi membantu meningkatkan pendapat rakyat miskin.
Antaranya adalah untuk membantu ibu-ibu tunggal, mereka yang tidak berpendapatan tetap bagi mewujudkan satu bidang usahawan yang boleh mereka ceburi.
Dana ini pun di kejar oleh pimpinan UMNO, wakil-wakil rakyat dan termasuk pemimpin yang sudah ‘expired’!
Bukan setakat mengepung pegawai-pegawai ECER di hotel-hotel tempat mereka menginap, bahkan sanggup menunggu ditepi jalan, menyekat kereta mereka ditengah malam buta !
Apatah lagi dana atau pitih royalti yang berbilion ringgit !
Rakyat Terengganu kena bersedia dengan satu pemikiran “Wang Royalti Tidak akan Kembali Semula Ke Pangkuan Negeri Terengganu”!
Saya mempunyai telahan politik begitu, mengapa?
Saat-saat akhir Najib sebelum manjadi Perdana Menteri, semasa pilihanraya kecil Kuala Terengganu, Najib umumkan Terengganu akan mendapat RM5 bilion wang royalti minyak.
Pada masa yang sama Najib juga memberitahu kerajaan bersetuju menubuhkan ‘sovereign fund’ satu dana pelaburan dari royati minyak yang dipanggil Terengganu Investment Authority (TIA).
TIA sepatutnya dibincangkan dan diluluskan dalam Dewan Undangan Negeri Terengganu kerana punca dana TIA adalah dari royalti minyak, milik kerajaan dan rakyat.
Tetapi Najib telah memintas cadangan asal Sultan Mizan dan telah membawa perkara tersebut ke kabinet, dan kabinet telah bersetuju.
Maka apabila ia dilancarkan nanti, TIA akan dikawal oleh kerajaan persekutuan sepenuhnya, dan Hishamudin yang dilantik pada minggu lalu menjadi pengawas Najib kepada pimpinan UMNO Terengganu.
Apakah ada sebab lain mengapa Hishamudin yang juga sepupu Najib diberi kuasa menjadi pengerusi perhubungan UMNO Terengganu ?
Orang-orang UMNO masih tidak sedar setelah 30 tahun ditipu oleh keajaan Pusat berkaitan pengagihan royalti minyak Terengganu.
Berapa banyak wang royalti yang sepatutnya digunakan untuk mengeluarkan Terengganu dari kemiskinan tetapi digunakan untuk projek-projek yang sepatutnya dibiayai kerajaan Pusat.
Sebagai contoh pembinaan Jambatan Sultan Mahmud dan Hospital Sultanah Nurzahirah Kuala Terengganu.
Bukankah kerajaan pusat bertanggungjawab terhadap infrastruktur dan kemudahan kesihatan ?
Rakyat membayar segala macam cukai kepada kerajaan pusat, sebagai timbal balik, keajaan pusat yang berkhidmat menyediakan kemudahan awam, infrastruktur, jalanraya, komunikasi, bekalan elektrik, belakan air, jambatan, lapangan terbang, hospital, sekolah, universiti dan lain-lain.
Idris Jusoh yang dikatakan ‘bijak’ turut di perdaya dan telah membenarkan kerajaan pusat menggunakan wang royalti minyak untuk meneruskan pembinaan Lebuhraya Pantai Timur, mendalamkan muara sungai Terengganu serta membina terminal baru serta memanjangkan landasan terbang bagi Lapangan Terbang Sultan Mahmud !
Apakah ada sebab lain lagi yang menyebabkan Najib melantik Hishamudin menjadi pengawas kepada pemimpin UMNO Terengganu?
Bahasa Arab Perlu Ditekankan Sejak Awal Persekolahan
-
*Oleh : Amiirullah Mansor*
DUNGUN, 29 Disember- Kepentingan modul Bahasa Arab perlu diterapkan kepada
pelajar sejak sekolah rendah lagi bagi mengatasi ma...
4 years ago