Monday, December 22, 2008

Mohd Zubir Embong sepatutnya calon BN Terengganu

Encik Mohd Zuber Embong, Ketua Sektor Pengurusan dan Akedemik Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu sepatutnya calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil kerusi Parlimen Kuala Terengganu yang diumum Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan bukannya Wan Ahmad Farid.

Sumber Berat66 dimaklumkan terdahulu mengenai perletakan jawatan Mohd Zuber Embong sebagai penjawat awam kerana telah dipilih oleh Ahmad Said sebagai calon yang terbaik untuk menggantikan arwah Datuk Razali Ismail. Pemilihan tepat Ahmad Said bagaimanapun telah dinafikan pentadbiran pusat dan menolak kredibiliti Mohd Zubir Embong yang juga merupakan anak didik Dato’ Razali di JPN.

Menurut sumber terdekat B66 iaitu MB, pemilihan Wan Farid telah menampakkan kemenangan awal Ahmad Said kerana berjaya menguburkan karier Wan Farid yang kebal untuk dikuburkan selama ini.


Syed Azman dilihat oleh rakyat terbanyak di P36 Kuala Terengganu sebagai calon terbaik untuk menggantikan Dato' Razali. Syed Azman bukan sekadar disenangi golongan veteran malah dikagumi golongan pelapis dan diterima semua kaum dan bangsa.

Syed Azman adalah calon terbaik untuk membantu Pas "Ambik Balik P36" daripada BN. Syed Azman merupakan satu-satunya calon yang digeruni BN dan mampu menghalang kemenangan Wan Farid di P36. Malahan jika benar pemilihan Syed Azman sebagai calon P36 akan berlaku, maka yang paling gembira ialah rakyat di P36 kerana Syed Azman pilihan mereka dan bukan pilihan pemimpin sebgaimana yang berlaku dalam PRU12. Kekalahan pas di P36 dahulu antara sebab utamanya ialah kerana calon luar.

Itu Pas tidak harus lupa. Pemilihan selain daripada Syed Azman akan menyebabkan "Pas Balik Awal" dan mengundang kemurkaan rakyat terbanyak. (Berat66)

Thursday, December 18, 2008

Zuber Embong Veteran atau Zuber Embong Pendidikan ?

Itulah pertanyaan yang diajukan kembali melalui SMS yang dihantar kepada seorang sahabat memberitahu bahawa sudah terlalu hampir untuk 'comfirm' Zuber anak Pak Embong akan jadi calon BN untuk pilihanraya Kecil P.036 Kuala Terengganu.

Entah apalah malangnya Wan Farid?

Bukan tak cukup gaya, bukan tak cukup rupa, bukan tak cukup pangkat, bukan tak cukup harta!
Wan Farid ibarat 'astro' macam-macam ada!

Apa yang tak kena dengan strateginya? Itu semua kena tanya En. Mubin, bekas P.A. YB Din Adam kerana khabarnya dia nak-nak sangat supaya Wan Farid jadi calun.

Tak tahulah sebab apa yang dia 'berahi' sangat kepada Wan Farid tu.

Padahalnya sana-sini orang berkata-kata, rata-rata orang bercakap kecek, kalu Wan Farid yang bertanding, PAS akan menang percuma ! Eh.... betul ke ..... tak percaya?

Apa taknya, Ketua budak-budak Parti Keadilan Rakyat (PKR) hantar sms katanya;
Wan Farid hanya takut kalau calun PAS "si anu- sianu", orang lain Wan Farid tak takut. Semua kawan-kawan dia (Wan Farid) pun sebenarnya tak 'berahi' kepada Wan Farid, dah ready nak beri undi kepada 'si anu-si anu" kalau dia jadi calun sebab semua kawan-kawan seangkatan, sezaman dan sekelas dengannya, semuanya tak berahi dengan Wan Farid.

Ramai gok sek-sek muda UMNO yang bergebang-gebung, kata tak suka sangat kepada Wan Farid ini pasal Wan Farid ni betul-betul jenis ikan 'selfish'.

Dia pentingkan dirinya sendiri sehingga adik-beradik ke, saudara mara ke, dia tak peduli. Sampai satu ketika, katanya (kata mereka), Wan Farid cuba menjauhkan bayang-bayangnya dari bayang-bayang Wan Hisham..... ish.... ish...ish...

Bayang-bayang pun tak leh nak join.. pasal dia kata, mengikut yang diterima khabarnya, Wan Hisham membawa imej 'hitam putih' kepada warna-warna politik Wan Farid. Wan Hisham ibarat TV Hitam Putih, dah tak laku sebab sekarang ni politik Wan Farid macam TV warna Samsung yang berwajah 'flat' skrinnya!

So, tak jadilah Wan Hisham, yang 'nnimbul' sangat nama naik sekarang adalah nama Zuber. Tapi bukan Zuber Embong veteran UMNO yang beri gambar waktu muda kepada sek-sek Sinar Harian.

Lepas tu sek-sek Sinar Harian pun duk 'tempek' gambor hok tu sssokmo lah atas dada akhbar yang baru-baru ni benar-benar bersinar (kes tali barut balak haram)

Zuber tu, ayam pencen. Bak kata Najib Timbalan Pak Lah yang dah tak sabar-sabar nak naik takhta "telur yang sudah drebus tidak akan di rebus lagi".

Jadi bab telur yang telah direbus ni, bukan sahaja Zuber Veteran UMNO yang ternak kambing baru-baru ni balik awal, Che Mad Senapang pun dah mula 'practice' nak acu-acu senapangnya semula kepada budak-budak PAS, sebab tak dapat jadi calun untuk Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu !

Maknanya Puan Nordiyana, Ketua budak-budak Puteri Merah Jambu yang belum lepas pantang pun takkannya dapat jadi calun.

Diyana (Diana??) masih atas perahu, tak tahulah dia 'menyalai' dengan arang ke dengan dapur gas.

Tapi kalu lepas ni, bila masa pilihanraya kecil Kuala Terengganu yang akan mula kempennya selepas 6hb satu, Nordiyana nampak cergas dan pantas serta tangkas macam budak-budak Putera, makanya dan maknanya mungkin dia 'menyalai' atas dapur gas...... he...he....he...

Bila gi kat Dewang semalang, nok ddengor Mak Saik cakak sepatah dua, belung pun panah punggong, tiba-tiba saing dari Berita Hairan pung khabo.

"Soh doh Zuber anok Pak Embong Tok Muding tu akang jadi calung Barisang" sebak dia kata 'political desk' kak pjabak dia di Kolumpo mintok biodata Zuber tu.

Maknaya, katanya, Zuber Embong hok jadi pegawa kak pjabak pendidikang tu lah yang akan jadi calun dacing yang sudah senget sebeloh!

Macamana dok senget, pasal berat le!

Apa dok beratnya! Si Ayob Ketua budak-budak wartawan Terengganu 'yang berat tubuh' tu nak naik pentas 'Bi Eng' dan berazang nok ceramoh pulok tu !

Friday, December 5, 2008

Pelakun-pelakun Drama Banjir, Monsoon Cup, ‘Shoot to Kill’ dan ramai lagi selebriti akan muncul di Kuala Terengganu Esok !

(Gambar - penggambaran Dama Banjir)

Esok (Hari ini – Jumaat), sebagaimana dinyatakan dalam Blog Presdien KAWAT, Timbalan Perdana Menteri Dato’ Seri Najib akan datang ke Kuala Terengganu.

Guane gamok orang akan menyambut bakal PM yang penuh kontroversi itu?

Yang pastinya ramai ‘pelakun-pelakun’ dan selibriti yang akan hadir, terutama yang berhajat dan kepingin untuk menjadi calun UMNO/BN bagi Pilihanraya Kecil Parlimen Kuala Terengganu.

Che Mad yang pernah mengacu senapang macam S.Kadarisman berlakun dalam ‘Antara Dua Darjat’ pasti akan berlakun watak lain pula.

Takkan Che Mad nak bawa senapang, nak ugut Najib supaya pilih dia menjadi calon macam dia ugut budak-budak PAS yang pasang poster dirumahnya !

Lebih-lebih lagi Timbalan Perdana Menteri Najib bekas menteri pertahanan yang pasti akan membawa Angkatan Tentera Malaysia kalau Che Mad bawa senapang.

Dan terlebih lagi pasti Sirul dan Azhar akan dipanggil sekali lagi dan Che Mad pula jadi mangsa macam Altantuya dengan C4.

Walaupun hadir untuk menyambut Najib esok, pelakun-pelakun dari Kuala Nerus dan Tepuh tidak akan melakunkan apa-apa watak.

Kerana kelmarin mereka baru saja lepas shooting satu babak penuh ‘Drama Banjir’ di lokasi penggambaan Ladang Sentosa, Pakoh.

Sebuah akhbar ‘bersinar-sinar’ menyiarkan satu muka penuh sesi penggambaran lakunan pelakun dari Kuala Nerus dan Tepuh.

Kedua-dua pelakun Kuala Nerus dan Tepuh tidak akan berlakun kerana Pilihanraya Kecil P036 Kuala Terengganu tidak ada apa-apa kaitan langsung dengan mereka.

Walaupun pelakun Kuala Nerus sedang melobi untuk menjadi Menteri dalam kabinet Najib, dia tak perlu berlakun kerana memang Najib ‘berahi’ dengan dia.

Tapi nama pelakun pendek Tepuh memang popular disenut-sebut orang sekarang.

Apa tidaknya, dia pelakun yang dapat menyebut bait-bait skrip dengan hafal dan lancar dalam Drama Banjir di lokasi penggambaran Taman Desa Pusu Tiga.

Ketika babak penduduk ‘Taman Bandaraya Bawah Air’ itu menelefon pelakun pendek Tepuh, masih terngiang-ngiang di lubang telinga mereka;

“Awak mengundi kawasan mana ? Awak tak kenal ke orang saya di Taman itu?,” pelakun pendek Tepuh berkata lalu tidak turun melihat penduduk ‘Taman Bandaraya Bawah Air’ itu sehingga akhir babak, seluruh rumah penduduk di Taman itu habis dilanda banjir.

Itu lokasi di Pusu Tiga, penggambaran Drama Banjir di Taman Perumahan Perumahan Murni Permai lebih kurang sama ‘ending’nya. Pelakun pendek yang menjadi YB Tepuh juga tidak hadir ‘sampai sudah’ yang berakhir dengan ‘sad ending’ babak sedih.

Darama banjir lebih terharu apabila Tuanku Sultan muncul tiba-tiba dalam skrin tak tahu ikut skrip mana.

Menjadi kejutan semua pihak termasuk Menteri Besar sendiri tida-tiba ada babak ‘realiti’ dalam drama banjir yang melanda hampir seluruh negeri baru-baru ini.

Apa lagi ‘sebak’ rakyat jelata ditayangkan oleh stesyen TV kerana terharu menerima kunjungan Tuanku Sultan Mizan setelah pelakun Kuala Nerus dan pelakun pendek Tepuh tidak turun ke lokasi waktu babak Drama Banjir sampai kepada klimaksnya

Kedatangan seorang ‘producer’ besar bertaraf glokal yang pernah menerbitkan filem box-office ‘Altantuya’ memang menarik minat ramai pelakun-pelakun dan selibriti tempatan.

Antara selebriti yang dijangka menjadi tumpuan esok adalah Pengarah Filem, Warisan yang ‘memahat sejarah dan mencipta tamadun’, terbesar Abad dan terpanjang abad ini ‘Monsoon Cup’.

Filem ini masih berlangsung dan siri realitinya boleh ditonton setiap musim tengkujuh pada setiap tahun.

Kontrak pembikinan filem ini juga adalah yang terpanjang dalam sejarah, iaitu selama 12 tahun berturut-turut.

Kos pembikinan filem ‘Monsoon Cup’ masih lagi tidak diketahui ramai, tetapi mengikut sumber-sumber Dana Khas Kerajaan Persekutuan, ia telah menjadi hampir RM 1 bilion kini.

Siri realiti filem ini kurang menarik perhatian kebelakangan ini kerana dua aktor utama telah terkeluar dari pembikinannya.

Patrick Badawi telah menarik diri dan meletakkan jawatan kerana dikatakan sedang menumpukan penuh perhatiannya dalam bidang kuda.

Manakala aktor yang terkenal kerana mengarah filem ‘Shoot To Kill’ meninggalkan lokasi penggambaran ‘Monsoon Cup’ untuk menjadi pelakun utama dalam filem aksi lasak politik yang diberi jodol ‘Code P036’.

Filem berjodol Code P036, walaupun merupakan filem pendek ia dijangka mempamirkan aksi lasak yang lebih hebat dari filem ‘Shoot To Kill’ dimana perbelanjaan filem dijangka bernilai ratusan juta ringgit.

Esok, merupakan pemilihan akhir actor utama sebelum penggambaran filem tersebut yang dijangka bermula akhir Disember ini.

Tuesday, December 2, 2008

Ada 'batu' ke ?



( I )


Ketika hadir ke rumah Allahyarham Dato' Razali, puas mata memandang tak nampak dimata, kemana perginya orang-orang kuat UMNO Kuala Terengganu.

orang-orang UMNO Terengganu (orang kuat Mad Said)macam Pak Rosli doktor Jepun, Ku Putera kaki madu, Roslan Awang Kontraktor Kelas F dan Zubir Embong si pengemabala kambing pun tak nampak.

Yang ada ramai yang tegak berdiri dalam dua barisan dihadapan pintu rumah tersebut pun tak ramai yang dikenali.

Cuma yang betul-betul dikenali adalah seorang Timbalan Menteri berkumis nipis asal dari Melaka.

Apabila Timbalan Menteri yang jaga 'pilihanraya kampus' itu bercakap dan berbisik dengan orang di kiri dan kanannya, maka kesimpulan yang dapat diambil adalah, yang hadir menziarahi jenazah tersebut ramai dikalangan para pegawai, kawan-kawan lama.

Ah... mengapa jadi begini? Kan Allahyarham orang baik, tak ramai musuh, tentunya ramai kawan-kawann UMNOya dari Kuala Terengganu dan peringkat negeri akan datang berpusu-pusu?

Tapi kenapa tak nampak? Wan Brothers pun tak nampak ! Mak Kerak Bandaraya pun tak ada !

Orang PAS pun ketika itu tak ramai, cuma yang namapak, Cikgu Mustafa Ali dan Cikgu Shukrimun.

Walaupun Hj Wahid dimaklumkan hadir bersama, tapi tak kelihatan dipandangan mata.


( II )


Petang itu dan keesokannya barulah diketahui mengapa orang-orang UMNO Kuala Terengganu tak ramai, begitu juga orang-orang kuat UMNO Terengganu yang tidak dilihat dirumah belakang Permai Inn itu.

Issshhhh.... ramainya, rupa-rupanya semuanya ada disana, di istana berwarna biru dilereng bukit dekat Telok Kalong.

Orang kiri dan kanan Mad Said memanglah patut hadir untuk menziarahi emak Mad Said yang meninggal beberapa jam selepas Allahyarham bekas Ahli Parlimen Kuala Terengganu.

Tapi yang tak kena mengena, termasuk yang dah hampir 'expired' dan juga yang sudah 'expired' pun ada di rumah Mad Said.

Termasuk 'Che Mad yang acu senapang kepada budak-budak PAS masa pilihanraya yang lalu pun ada !

Che Mad sebenarnya ketika peristiwa mengacukan senapang itu, beliau dalam 'tension' sebab tidak dipilih oleh Idris untuk bertanding bagi kerusi Batu Burok.

Biasalah Deris, selalu nak yang pertama dalam sejarah... jadi dia pilih Ketua Puteri itu untuk menjadi calon Batu Burok bukan sebab Ketua Puteri tu bagus sangat.

Deris pilih sebab 'memahat sejarah' sebagai pemimpin UMNO yang membenarkan seorang perempuan menjadi calon UMNO yang pertama kali dalam sejarah.

Itu saja.........

Patutlah Che Mad marah sangat.

Dua, tiga hari dia memendam rasa, akhirnya amarahnya dilepaskan kepada pemuda-pemuda PAS yang dikatakan bising-bising pasang poster depan rumahnya.

Tapi macamana pula Che Mad boleh buat silap mata?

Petugas-petugas PAS tu semuanya muda-muda dan mata masih 'cerah' lagi, semuanya mengaku yang mereka nampak Che Mad acukan senapang kepada mereka sambil mengugut untuk menembak.

Tapi, tiba-tiba Che Mad buat silap mata... dia kata bukan senapang, tapi batang penyapu! (Kalah David Copperfield)

"Eh.. kenapa ramai sangat ni, semua ada sini", kata Hj Wahid yang bergegas ke Teluk Kalong selepas meninggalkan Batu Burok untuk menghormati musuh dalam Dewan Undangan Negeri yang pernah menyumpah seranahnya dulu.

"Bukan apa YB, yang datang ramai-ramai (ziarah jenazah emak Mad Said) ni bukannya apa, semua nak 'lobby' jadi calun," kata seorang UMNO yang tidak pula diketahui dari mana menjelma.

Oh.... itu pasal ka? Jadi Che Mad Senapang pun nak jadi Calun juga ka?


( III )


"Teruk, syeikh...... teruk....,"

Eh.. apa yang yang teruknya.

"Apa yang tak teruknya, jenazah Dato' Razali belum pun selamat dikebumikan,
"emak Mad Said pun tak selesai lagi, tapi macam-macam SMS yang dah melayang-layang,"

Oh... gitu....

SMS apa lak?

"Inilah masanya untuk menjatuhkan Mad Said, dah 8 bulan perintah tapi satu aapa pun tak ada program yang dibuat,

"Kalu Mad Said pilih calun orang-orang dia, sek-sek Deris akan pulau pilihanraya," menurut SMS itu.

Oh macam tu ka? Siapa punya SMS tu Syeikh...

Siapa lagi, orang-orang UMNO yang sokong Deris lah, kata Syeikh itu.

So, kalau Mad Said tak pilih orang Deris tapi pilih orang dia sendiri yang jadi calun untuk Pilihanraya Kecil Parlimen Kuala Terengganu, macamana?

Eh... mestilah puak-puak Deris mengamuk !

Iya ke macam tu?

Berani ke Deris buat macam tu?

Berani ke pengikut-pengikut Deris buat begitu ?

Berani ke Rosol di penderhaka tu ?


( IV )


Ada 'batu' ke Rosol ?

Ada 'batu' ke Deris nak menyanggah Mad Said ?