skip to main |
skip to sidebar
UMNO Oh UMNO..........
Edar Judi Nombor Ekor Nak Ganti Amalan Politik Wang?
Seorang pemimpin UMNO yang dianggap ‘cerdik’ dan ‘profesional’ mengaku mengedarkan tiket judi ‘nombor ekor’ sebagai ganti ‘rasuah politik wang’ semasa bertanding merebut jawatan Ahli Jawatankuasa Bahagian Temerloh baru-baru ini.
Timbalan Ketua UMNO cawangan Kg Gantok, Ir Che Wan Shamsiruddin Wan Shamsudin telah mengedarkan 1000 keping tiket nombor ekor kepada semua perwakilan dan pemerhati, bernombor 0440.
Menurutnya nombor senarai pencalonan beliau adalah 44, oleh yang demikian, dengan harapan perwakilan ingat nombor itu dan memberikan undi kepadanya.
Katanya beliau melakukan semua itu kerana berusaha untuk membanteras semasa pemilihan UMNO di dewan Tun Razak, dekat sini.
“Apa yang saya lakukan atas factor kebanyakkan calon yang bertanding memberi duit kepada perwakilan untuk memenangi pertandingan,”katanya.
Kata Che Wan, jika nombor itu bertuah, perwakilan boleh mendapat RM2,500 untuk hadiah utama.
Semua perwakilan mendapat tiket nombor ekor tersebut termasuk ketua bahagian Dato’ Mohd Sarit Yusoh.
Ir. Che Wan Shamsirudin juga merupakan bekas EXCO Pemuda UMNO Malaysia pada tahun1995, ketika Menteri di Jabatan Perdana Menteri (de-facto Menteri Ugama) Dato Zahid Hamidi menjadi ketua pergerakan tersebut.
No comments:
Post a Comment