Monday, February 20, 2012

Umno/BN Terengganu semakin ‘gila’ Merampas Tanah Rakyat

Sejak kerajaan Umno dan Barisan Nasional ‘merampas’ pentadbiran kerajaan negeri Terengganu melalui ‘eksploitasi’ senarai pengundi pada 2004, beratus-ratus ekar tanah rakyat telah dirampas.

Selepas kes merampas tanah Sekolah rendah Islam darul Bayan baru-baru ini, terkini, Umno/Bn Terengganu akan merampas  tanah pra-sekolah Pusat Asuhan Tunas-tunas Islam (PASTI) Qaryah Tok Jiring, dan pejabat Dewan Undangan Negeri (DUN) Tepoh, Kuala Nerus.

Bermula tahun 2005 sehingga tahun 2008, Umno yang diterajui oleh bekas Menteri Besar Dato’ Seri Idris Jusoh telah merampas kesemua tanah-tanah RTB yang dianugerahkan kepada rakyat oleh kerajaan PAS Terengganu.
Tindakan tersebut dibuat oleh kerajaan negeri kononnya Lesen Menduduki Sementara (LMS) itu telah tamat tempoh.

Walaupun tindakan 'di luar perikemanusiaan' itu mengundang kemarahan dan penentangan rakyat secara menyeluruh di negeri ini termasuk mengadakan demontrasi secara aman di depan Wisma Darul Iman, kerajaan Umno/BN tanpa rasa berdosa terus mengkhianati rakyat.

Beberapa siri pencerobohan dan perobohan rumah-rumah rakyat termasuk rumah seorang anggota tentera di RTB Pengkalan Merbau, Setiu, sebuah masjid di RTB Bujal, Kemaman, perobohan sebanyak 14 buah rumah rakyat di RTB Belimbing Api, di Jabi Besut, semuanya dilakukan dengan alasan remeh, rakyat menduduki tanah kerajaan secara haram.

Selain itu, perlaksanaan projek mega ‘membazir’ pada zaman Idris juga menjadikan rakyat korban sebagai pelarian di bumi sendiri.

Kerana ingin menghabiskan wang royalti petroleum yang ditukar mnejadi ‘dana khas’ Idris melaksanakan pembangunan yang tidak membawa manfaat besar kepada rakyat.

Kononnya meralisasikan impiannya, Idris telah menghalau penduduk Pulau Duyong bagi dijadikan tapak perlumbaan sukan perahu layar Piala Monsun.

Selepas  tahun 2008, Umno yang diterajui ‘secara paksa’ oleh Menteri Besar kini, Dato’ Seri Ahmad Said meneruskan legasi Idris.

Pada Mac 2010, Umno telah merampas tanah dan merobohkan rumah penduduk di Kampung Paya bunga Kuala Terengganu.

Kira-kira 60 orang penguatkuasa daripada pihak polis, pejabat tanah dan pegawai kerajaan tempatan merobohkan kesemua 12 buah rumah di kampung itu.

Penduduk miskin di situ telah mendiami tanah itu sejak tahun 1934 dengan lesen menduduki sementara (TOL).

10 daripada 12 buah rumah berkenaan masih didiami dan penduduk telah meminta pampasan daripada kerajaan negeri Terengganu, namun Menteri Besar Terengganu hanya bersetuju untuk menyediakan lori pemindahan.

Selain Kampung Paya Bunga, tanah-tanah di Kampung Chabang Tiga dan Kampung Padang Hiliran turut ‘diratah’ dan ‘dimamah’ oleh kerajaan Umno/BN.

Mereka telah memberikan tanah kepada parapelabur yang ‘rakus’ yang membeli tanah-tanah orang Melayu di atas nama membangunkan Bandaraya Kuala Terengganu.

Ekoran rampasan demi rampasan tanah yang dilakukan, pada 10 Mei 2011, PAS telah membawa usul mencadangkan agar Persidangan Dewan Undangan Negeri ketika itu ditangguhkan bagi membolehkan Dewan Undangan Negeri (Dun) membincangkan isu pembangunan Bandaraya Kuala Terengganu.

Tindakan itu dibuat PAS sebagai sebuah parti politik Melayu Islam, yang tidak henti-henti, terus menjalankan pelbagai usaha bagi memperjuangkan dan membela nasib orang-orang Melayu.

Namun begitu, usul yang dibawa Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Buruk, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi mengikut Fasal 30 Peraturan-peraturan Mesyuarat Dewan Undangan Negeri dalam sidang DUN, telah ditolak.

“Saya mohon mencadangkan bahawa persidangan dewan ini hendaklah ditangguhkan mengikut Fasal 30 Peraturan-peraturan Mesyuarat Dewan Undangan Negeri, bagi membolehkan Dewan Yang Mulia ini merundingkan isu pembangunan Bandaraya Kuala Terengganu yang mengakibatkan pengambilan tanah-tanah tradisi dan turun-temurun orang-orang Melayu, sehingga terhakisnya tanah-tanah orang Melayu.

“Apabila ada tanah orang Melayu di Pusat Bandar telah bertukar tangan kepada bangsa lain. Isu ini adalah perkara tertentu, kerana telah berlaku mengambilan tanah secara ‘rakus’ dan boleh menggugat masyarakat Melayu bandar di negeri Terengganu.

“Tindakan pengambilan balik tanah tanpa mengira implikasi masa depan orang-orang Melayu bandar adalah amat dikesali dan ‘menzalimi’ rakyat Terengganu yang mengharapkan pembelaan kerajaan negeri. Terutamanya, golongan berpendapatan rendah yang hidup ‘kais pagi makan pagi, kais petang makan petang”, jelasnya ketika ditemui media pada waktu itu.

Akibat kerakusan Umno/BN Terengganu, satu demi satu perkampungan orang Melayu di bandar Kuala Terengganu lenyap.

Kampung Paya Bunga, Kampung Batas Baru, Kampung Paya Keladi, Lorong Haji Jamil, Kampung Tanjung dan Kampung Ladang Tok Pelam kini hanya tinggal sejarah.

Tidak cukup dengan tanah-tanah orang Melayu di bandar, tanah-tanah di pinggir bandar juga menjadi mangsa.

Antaranya adalah, kes pengambilan tanah yang melibatkan Kampung Gelugor, Kampung Che Long  dan Kampung Banggol Donas.

Tanah orang Melayu di Kampung Gelugor  diambil ‘tergadai’ kerana projek mahu membangunkan satu pusat pentadbiran ‘ala’ Putrajaya.

...... Bersambung untuk bahagian kedua.....

Wednesday, February 1, 2012

Malangnya nasibmu SSMZA, malang lagi rakyat jelata!

Malang nasibmu Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA),
malang lagi rakyat jelata!
Dapat stadium baru kononnya,
‘canggih’ dan yang terbesar di Pantai Timur Semenanjung Malaysia,
Namun, tak sampai ‘setahun jagung’ usia,
bumbungnya runtuh menyembah bumi jua.

Apa gerangan ‘yang ampunya’,
dinamakan stadium atas nama baginda,
stadium yang cuai pembuatannya tidak teliti pembinaannya,
dari awal lagi atapnya,
sudah jelas ‘meliuk-liuk’ tanda alamat kukuh tiada.

Sang Menteri Besar sudah tahu, stadium yang dinama atas nama baginda,
Stadium Sultan Mizan Zaina Abidin akan ‘repih’ bumbungnya,
 tatkala polis cuba membuat latihan untuk ‘gimik’ perasmiannya.

Namun Sang Menteri tidak suruh berhenti semua aktiviti,
semuanya kerana siyasah siyasi!

Malang nasibmu hanya setahun berdiri,
menjadi igauan mimpi Mantan Pak Menteri ,
yang  ‘bersyair’ dengan kalimah ‘Impian Menjadi Realiti’,
setiap kali dimana jua pasti,
mendabik dada mendongak langit umpama tiada ilahi.

Malu Sang Menteri Kerjaraya, malu lagi rakyat jelata,
367 hari siap dibina, runtuh ‘beghudung’ jadi bencana.

Dua tahun berlalu,
kerajaan macam ‘kereta lembu’!
apabila ditanya sering tak tahu,
mahu di perbaiki atau dibina yang baru.

Malang nasibmu, sudahlah lambat ia dibina,
dikejar-kejar masa untuk biar siap dalam eranya,
supaya boleh dicanang ke seluruh dunia,
ini aku punya, ini aku bina.

Bukan sedikit dananya,
RM300 juta dari kantung rakyat jelata,
ada pihak yang mengaut laba,
tak dipersoal akan dia,
‘kambing hitam’ menjadi mangsa!

Dua tahun sudah runtuhnya,
habis belanja mengupah orang menjaga puing-puingnya,
yang lalu bukan saja di darat lebih jelas dari udara,
menonton ‘sebuah drama’ sandiwara?

Lalu Sang Menteri Besar berkata,
dalam laporan mengapa runtuhnya,
Hah…..salah kamu semua,
bukan salah aku salah mereka,
si Perencana, si Pembina, semua salah belaka,
rakyat jelata pun mungkin salah jua?

Ia menjadi bahan lelucon bahan jenaka,
dan ‘Ultraman’ punya angkara,
‘Transformasi’ Menteri sang Perdana,
Stadium yang runtuh pun tak diketahui sebabnya,
Hebat NKRA nya!

Ah……. Tiada siapa yang peduli,
kalau barang-barangnya pun dicuri,
nanti ada orang yang berdiri,
‘janakuasa’ yang dibawa lari,
umpama enjin jet F5E,
bukan salah sang Menteri,
bukan salah pegawai tinggi,
bukan salah kami…….
bukankah kamu semua yang mengundi kami!

Malang SSMZA, malang lagi rakyat jelata,
Mengundi sebuah kerajaan parti ‘purba’.

Malang  nasibmu SSMZA,
malang lagi rakyat jelata,
aku masih makan dengan selesa,
ada duit RM100, RM500 diagih-agihkannya,
dan si politikus pun lantang bersuara,
inilah kerajaan yang prohatin namanya,
inilah kerajaan yang cakna.

Undilah…undilah lagi ‘parti purba’,
biar mereka terus berkuasa,
biar sang lembu mendapat RM250 juta,
biar dibina lagi tamadun RM300 juta,
biar senang kita berlumba,
memudik muara,
musim tengkujuh kita menjadi juara mengangkat piala.

Kan ku bina lagi ratusan juta,
Tasik Kenyir akan ditukar menjadi syurga,
walau bumbung masjid, menara yang ku bina,
nak runtuh-runtuh lah jua,
‘ada aku kesah’ katanya!

malang sungguh rakyat jelata……..