Kalau kita mahu ke Batu Enam, Kuala Nerus dan Kuala Berang, dan menumpang sekejap lalu di lebuh raya pantai timur fasa 2 (LPT) yang separuh siap, mungkin akan di kenakan tol sebanyak dua kali.
Sekali di Telemung dan sekali lagi persimpangan keluar berhampiran Kuari Bukit Jong.
Sekiranya kita mahu mengelakkan jalan biasa yang dipenuhi halangan hampir 30 lampu isyarat dari Kuala Berang ke Kuala Terengganu, kita akan cuba menyelinap keluar dari Kuala Berang melalui jalan Langgar untuk terus ke Kampung Tanggul.
Dari situ kita akan menikmati sedikit 'privasi' menelusuri pinggir sungai Terengganu dan melalui jalan kampung menuju ke Pasir Tinggi.
Tujuannya adalah untuk 'bersatu' dengan LPT yang bermula dari Bukit Payong untuk ke kampung Gemuroh, sebelum mengambil jalan menuju ke Batu Enam.
Jalan tersebut lebih menjimatkan masa dengan kelajuan biasa, kira-kira 30 minit sahaja kita boleh sampai ke persimpangan hadapan kuari Bukit Jong dan bandar Kuala Berang.
Namun, dua sekatan jalan raya yang bakal menunggu kita.
Walaupun 'gergasi' rumah tol yang akan membaham 'pitih' kita berhampiran kuari Bukit Jong belum dimulakan pembinaannya, namun 'gergasi' di Telemung sudah hampir siap.
Pembinaan Fasa dua LPT yang memakan belanja RM3.7 bilion dibiayai bersama dengan 50% dana kerajaan persekutuan dan 50% 'dana khas' kerajaan persekutuan.
Dana tersebut walaupun kedua-duanya hampir sama sebutannya, tapi ia berbeza.
Dana persekutuan adalah hasil cukai dan hasil bukan cukai yang dikutip oleh kerajaan Malaysia melalui pelbagai kenaan dan pembayaran ke atas rakyat.
Hasil cukai, sebagai contohnya cukai langsung, iaitu cukai pendapatan samada pendapatan individu atau pendapatan syarikat.
Hasil cukai tidak langsung pula dikutip oleh kerajaan juga daripada rakyat apabila mengenakan cukai-cukai seperti cukai perkhidmatan dan cukai jualan.
Cukai pendapatan dibayar terus kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri oleh orang atau syarikat yang kena cukai, manakala cukai perkhidmatan dan cukai jualan, dikutip oleh syarikat dari rakyat dan dibayar kepada kerajaan.
Selain itu, dana kerajaan yang dikutip melalui pelbagai perkhidmatan, bukanlah wang dari Umno atau Barisan Nasional.
Sebagai contohnya, pembayaran lesen kereta dan embayaran membuat paspot antarabangsa./
Itulah sumber dana kerajaan persekutuan.
Manakala Dana Khas Kerajaan Persekutuan adalah hasil royalti minyak dan gas yang dibayar oleh Petronas kepada kerajaan negeri Terengganu berdasarkan akta pembangunan petroleum 1974.
Royalti sebanyak 5% itu telah 'dirompak' oleh kerajaan persekutuan dengan memaksa Petronas supaya tidak membayar terus kepada kerajaan negeri Terengganu.
Royalti yang sepatutnya dimasukkan ke dalam akaun kerajaan negeri Terengganu telah dimasukkan ke dalam akaun kerajaan pusat.
Dana itulah kemudiannya disalurkan kembali kepada negeri Terengganu yang diberi nama 'Dana Khas Kerajaan Persekutuan'.
Oleh sebab itu, pembinaan LPT Fasa 2 keseluruhannya dibiayai oleh rakyat, samada ia dipanggil dana kerajaan persekutuan atau dana khas kerajaan persekutuan.
Ia berbeza dengan lebuhraya-lebuhraya lain yang diongkosi oleh wang swasta.
Wang swasta atau dana swasta adalah modal yang dicari dan digunakan oleh kontraktor yang membina sesuatu lebuhraya itu, dan apabila ia siap, syarikat pembinanya dibenarkan mengutip tol bagi membayar balik modal yang digunakan.
Ia dipanggil sebagai 'lebuhraya konsesi'
Namun LPT Fasa 2 hbukan lebuhraya konsesi kerana keseluruhan wang dibelanjakan adaah dari dana kerajaan, bukan dari sumber dana swasta.
Lebih-lebih lagi separuh dari kos pembinaan RM3.7 bilion itu adalah wang anugerah Allah SWT kepada rakyat Terengganu yang melimpahkan minyak di bumi Terengganu.
Dan sesungguhnya yang akan menggunakan jalan dari Kuala Berang menerusi Kampung Tanggul, Pasir Tinggi untuk ke Gemuroh dan Batu Enam sudah pasti adalah rakyat Terengganu; kalau tidak 100% tetapi pasti lebih 90%.
Justeru adakah wajar rakyat Terengganu di kenakan tol dua kali, sekalai di Tol Telemung dan sekali di Tol Kuala Terengganu berhampiran simpang keluar di Kuari Bukit Jong.
Bahasa Arab Perlu Ditekankan Sejak Awal Persekolahan
-
*Oleh : Amiirullah Mansor*
DUNGUN, 29 Disember- Kepentingan modul Bahasa Arab perlu diterapkan kepada
pelajar sejak sekolah rendah lagi bagi mengatasi ma...
4 years ago