Sunday, October 7, 2007

CCTV dan Gestapo SUK


Kehadiran CCTV di Wisma Darul Iman telah berjaya menakutkan seluruh warga kerja Kerajaan negeri Terengganu. Mengikut kenyataan Moktar Nong CCTV akan memantau semua kakitangan yang menyeleweng untuk lebih berdisiplin. Ini kenyataan Mokhtar;
Sebanyak 42 kamera litar tertutup (cctv) akan dipasang di lokasi terpilih di Wisma Darul Iman (WDI) bagi memastikan kakitangan sentiasa berdisplin dan tidak ingkar dengan peraturan ketika menjalankan tugas.
Sebagai percubaan, 16 cctv sudah dipasang dan selebihnya iaitu 26 unit lagi dijangka siap akhir Jun ini.
Segala tingkah laku kakitangan akan dipantau Menteri Besar Dato’ Seri Idris Jusoh dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Mokhtar Nong melalui skrin utama di bilik masing-masing.
Dato’ Mokhtar berkata, melalui kaedah itu Kerajaan Negeri percaya setiap kakitangan akan lebih berdisplin dan tidak lagi mengamalkan budaya kerja sambil lewa.
“Budaya kerja ala `korporat’ akan terlaksana secara sendiri apabila seseorang kakitangan itu berubah dan ingin menjadi pekerja berdisplin dan cemerlang,” katanya di Majlis Perhimpunan Bulanan Kakitangan WDI, hari ini (6 Jun).

Tapi kenyataan Mokhtar itu telah disanggah oleh KSN :

CCTV bukan penentu kecemerlangan: KSN
Berita Harian KUCHING: Kerajaan tidak perlu memasang kamera litar tertutup (CCTV) di semua jabatan kerajaan Persekutuan bagi memantau kira-kira sejuta kakitangan awam pada waktu pejabat.Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan, berkata bukan CCTV yang menentukan kecemerlangan sebaliknya budaya kerja berintergriti dapat menyelesaikan masalah dan ketidakcekapan di kalangan kakitangan awam."Kita tidak perlu memantau dan mengawasi (melalui CCTV) tempat kerja kakitangan awam kerana mereka mempunyai wibawa dan diterima oleh masyarakat," katanya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai langkah kerajaan Terengganu memasang 16 CCTV di kompleks pentadbiran kerajaan negeri baru-baru ini.CCTV berkenaan dipasang bagi tujuan keselamatan, bagaimanapun Setiausaha Kerajaan negeri Terengganu dilaporkan berkata, kamera berkenaan turut digunakan untuk memantau kira-kira 1,000 kakitangan yang bertugas di bangunan berkenaan.

Sumber maklumat negeri telah memberitahu bahawa sebenarnya bukan CCTV yang ditakuti oleh kakitangan kerajaan kini. Mereka sebenarnya takut kepada satu kelompok ala-Gestapo yang diwujudkan oleh pentadbiran Idris Jusoh. Kelompok umpama polis rahsia dikalangan kakitangan kerajaan ini diwujudkan disemua daerah dan dipantau oleh Pegawai Tadbir disetiap daerah.

Tugas kelompok rahsia ini adalah membuat laporan mana-mana pegawai yang berbaik dengan orang luar yang dilabel menjadi penyokong pembangkang. Selain itu gerak-geri kakitangan kerajaan juga diperhatikan dan dilaporkan. Mereka yang pergi ke majlis-majlis sosial yang bukan majlis kerajaan akan dilaporkan. Walaupun mereka pergi menziarahi orang sakit di hospital, dan diketahui yang sakit itu adalah pro pembangkang! maka tindakan akan diambil.


Tindakan SUK seperti melarang kakitangan keluar pada waktu minum pagi adalah sebenarnya merupakan satu 'sistem kurungan' yang menempatkan kakitangan tinggal didalam bangunan bagi mengelakkan kakitangan mendapat maklumat dari luar. Penyediaan sudut kopi dan makanan adalah merupakan sistem 'communal eating' yang diamalkan oleh komunis. Oleh yang demikian pegawai hanya bergaul sesama mereka dan tidak dibenarkan sesekali bercakap tentang isu semasa.
Bagaimanakah pegawai akan merasa selesa, walaupun disediakan tempat minum kopi tetapi ada kamera CCTV yang sedang memerhatikan mereka? Bagaimanakah mungkin kakitangan wanita merasa selesa menggunakan bilik air, sedangkan mungkin ada CCTV yang sedang merakam gerak geri mereka!