Saturday, November 8, 2008

Apa Beza FEI-WEC dan Monsoon Cup


Ada dua kejohanan taraf dunia yang dianjurkan oleh kerajaan Terengganu iaitu kejohanan Kuda Lasak Dunia (FEI-WEC) dan Kejohanan Perahu Layar Piala Monsun (Monsoon Cup).

Sejarah FEI-WEC bermula pada bulan Ogos 2005, dimana empat orang pimpinan kerajaan negeri Terengganu telah pergi ke Compiegne, Peranchis untuk membantu melobi penganjuran Kejohanan Kuda Lasak Dunia sejauh 160km (World Endurance Championship - WEC) yang dianjurkan oleh Persesekutuan Equesterian Antarabangsa (Federation Equestere Internationale - FEI) World Endurance Championship (WEC).

Pemergian empat orangtermasuk Menteri Besar Dato’ Seri Idris Jusoh, adalah untuk membantu Sultan Mizan merealisasikan hasratnya bagi mendapatkan hak penganjuran tersebut bagi sesi 2008.

Kesungguhan Sultan Mizan untuk menganjurkan sukan berkuda tersebut akhirnya mendapat jawapan dimana pada Lembaga FEI yang bersidang pada 18 Disember 2005 di Switzerland telah memberikan perakuan dan meluluskan permohonan Yayasan DiRaja Sultan Mizan untuk menjadi penganjur FEI WEC.

Kemudian bagi memastikan penganjuran FEI-WEC berjaya sebuah Jawatankuasa Agung FEI-World Endurance Championship 2008 telah ditubuhkan yang dipengerusikan sendiri oleh Sultan Mizan, selaku Pengerusi Yayasan DiRaja Sultan Mizan.

Ahli-ahli Jawatankuasa Agung ini terdiri daripada Y.A.B. Menteri Besar Terengganu, Y.B. Menteri-Menteri Berkaitan, Y.B. Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Terengganu, Ketua-Ketua Jabatan Persekutuan dan Negeri, wakil dari persatuan dan pertubuhan yang berkaitan serta wakil dari Yayasan DiRaja Sultan Mizan.

Urusan menganjur FEI-WEC 2008 berterusan dari tahun 2005, sehinggalah bulan ini, dimana ia akan dilangsungkan pada 6 hingga 9hb November 2008.

Banyak pegawai dan kakitangan yang terlibat dan pembiayaan kewangan yang diperlukan bagi penganjuran FEI-WEC.


Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Kewangan telah memberi sumbangan sebanyak RM10 juta pada tahun 2006, RM10 juta pada tahun 2007 dan ditambah lagi sebanyak RM10 juta pada tahun 2007 sebanyak RM 15 juta pada tahun 2008 bagi membiayai sebahagian daripada kos mengendalikan kejohanan tersebut.

Kerajaan Negeri Terengganu telah menampung kos pembinaan infrastruktur Terengganu International Endurance Park (TIEP), Lembah Bidong, Setiu yang berjumlah RM 34 juta.

Kerja-kerja pembinaan infrastruktur berkaitan telah bermula dan sebahagian besar siap pada tahun 2006 manakala baki pembinaannya disiapkan pada tahun 2007.

Sehingga hari ini, sebanyak 34 negara disahkan akan bertanding dalam dalam FEI-WEC 2008 dengan penyertaan 148 orang penunggang dan 148 ekor kuda.

Setiap kuda yang menyertai Kejohanan FEI-WEC diwajibkan membayar yuran penyertaan sebanyak Euro 400 (RM1798.90), selain mereka perlu membawa peralatan dan kumpulan pengurusan sendiri.

Hadiah kejohanan yang ditawarkan bagi semua kategori adalah USD 200,000.00 dengan segala perbelanjaan pengangkutan, makanan dan tempat tinggal bagi kuda, penunggangnya serta krew, ditanggung oleh pihak penganjur.

Dari segi pertandingannya, setiap pasukan akan berlepas dan bergerak sejauh 160km, samada ada berlari atau berjalan tanpa henti kecuali untuk pemeriksaan kuda dan penunggangnya.

Pasukan yang paling awal sampai ke garisan penamat setelah mengharungi perjalanan sejauh 160km, akan diisytiharkan sebagai pemenang.

Manakala asal Kejohanan Perahu Layar Monsoon Cup difahamkan datang dari ‘kepala’ Perdana Menteri Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi, namun kemudiannya perlaksanaannya diserahkan kepada kroni yang digelar oleh Tun Mahatir sebagai Patrick Badawi.

Tidak seperti FEI-WEC, paten kejohanan kuda lasak itu telah sedia ada, Monsoon Cup belum ada dan semuanya digerakkan oleh Patrick.

Patrick telah pergi ke Australia bertemu dengan Peter Gilmour, seorang jaguh sukan lumba kapal layer dan bermulalah satu rekaan baru bagi lumba perahu layer yang dinamakan sebagai Monsoon Cup.

Untuk membolehkan Monsoon Cup direalisasikan, Patrick dengan kuasa yang diberi oleh Perdana Menteri memilih dua lagi kroni bagi pihak kerajaan iaitu Menteri Besar Dato’ Seri Idris Jusoh dan Exco Infrastruktur, Dato’ Wan Hisham Wan Salleh menjadi ‘partner’.

Justeru sebuah tempat perlumbaan mesti dibina dengan segala kemudahannya, maka telah dipilih Pulau Duyong sebagai tempat kejohanan tanpa satu infrastruktur yang ada.

Untuk mencapai hasrat Abdullah, rakyat Pulau Duyong yang duduk ditapak kejohanan Monsoon Cup telah dihambat keluar dan sebanyak RM200 juta dibelanjakan bagi membina Herirage Bay Club (HBC) serta kemudahannya.

Yang hairannya, idea yang lahir dari Malaysia untuk menganjurkan Monsoon Cup ini telah dibawa kepada World Match Tour, sebuah badan yang dikatakan menganjurkan siri perlumbaan pelayaran professional dunia.

Sepatutnya, kerana ia adalah idea Malaysia, World Match Tour terikat dengan segala caangan dan keputusan Malaysia, namun sebaliknya berlaku kerajaan melalui penganjur yang dilantik T-Best Event Sdn Bhd pula yang terpaksa mengikat janji dengan World Match Tour.


Selain kos pembinaan infrastruktur Heritage Bay Club sebanyak RM200 juta berjuta-juta lagi dibelanjakan untuk mendalamkan muara sungai Terengganu dan ditambah dengan perbelanjaan pembinaan pemecah ombak (Break-Water) yang bernilai lebih setengah billion.

Selain penganjuran sukan kapal layar yang pelik, kerana hanya berlumba dalam ‘basin’ atau pun kolam, perbelanjaan bertambah dengan kerajaan negeri/pusat terpaksa memberikan RM20 juta setahun kepada T-Best Event Sdn Bhd untuk menganjurkan kejohanan itu.


Daripada jumlah hadiah sebanyak RM250,000 pada tahun 2005, Monsoon Cup menambah ganjaran sehingga kepada RM 1 juta pada tahun 2008.

Monsoon Cup yang diuar-uarkan sangat hebat dan bertaraf dunia, namun pada tahun ini hanya 12 pasukan sahaja yang mengambil bahagian, berbanding dengan kejohanan kuda lasak FEI-WEC yang disertai oleh 33 buah Negara dengan 148 peserta.

Sehingga kini, tiada siapa yang benar-benar faham bagaimanakah kejohanan perahu layer ini dijalankan dan banyak perbezaan yang ketara antara dua kejohanan bertaraf dunia yang dianjurkan di negeri Terengganu.

Itulah perbezaan-perbezaan yang nyata antara FEI-WEC dan Monsoon Cup !

Dan yang paling jelas antara dua kejohanan itu pada tahun 2008, walaupun kedua-duanya sejarah penganjurannya melibatkan Idris Jusoh, namun kini Idris tidak lagi memahat sejarah tetapi sudah menjadi sejarah !

No comments: