Friday, December 2, 2011

Polis ditahan reman kes rompakan bersenjata

- Apa komen ACP KCK Ahmad Hairudin Mokhtar?
Isnin lalu, dilaporkan, dua lelaki bersenjatakan sepucuk pistol dan tukul besi melarikan satu dulang barang kemas bernilai kira-kira RM10,000 dalam rompakan di sebuah kedai emas di Wakaf Tapai

Kejadian berlaku pada kira-kira jam 11.30 pagi ketika enam orang pekerja kedai emas itu sedang sibuk menyusun barang kemas untuk memulakan perniagaan.

Menurut Ketua Polis Daerah Marang, Ahmad Mazlan Yahaya, dua lelaki memakai topi keledar menutup muka meluru masuk kedalam kedai itu dan seorang daripadanya mengacukan pistol ke arah pekerja kedai di kaunter, manakala seorang lagi terus memecahkan cermin pameran.

Kata Mazlan, semasa hendak melarikan diri, suspek terserempak dengan pemilik kedai emas dan bertindak melepaskan tembakan, namun pemilik kedai itu sempat berlindung di tepi sebuah kereta.

"Selepas melepaskan tembakan kedua-dua suspek yang menaiki motorsikal Yamaha LC melarikan diri menghala ke arah Bukit Payong," katanya .

Apa yang memeranjatkan adalah, dilaporkan senjata yang digunakan oleh perompak tersebut adalah pistol automatik yang biasanya digunakan oleh anggota keselamatan.

Ekoran kejadian itu, pada Rabu 30 November, seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal adalah antara dua lelaki yang disyakki melakukan romapakan tersebut.

Kedua-duanya ditahan reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung kes rompakan bersenjata terbabit.

Perintah reman sehingga 6 Disember itu dikeluarkan oleh Pendaftar Mahkamah Majistret Kuala Terengganu, Rusli Ahmad mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah.

Anggota polis berusia 20-an itu dikatakan bertugas di Ibu Pejabat Polis daerah (IPD) Hulu Terengganu ditangkap bersama rakannya, orang awam juga berusia 20-an, pada petang Selasa.

Dua belas hari sebelum kejadian rompakan bersenjata itu, pihak polis yang sepatutnya menjaga keselamatan dan ketenteraman awam telah digunakan oleh Umno untuk memburuk-burukkan pemimpin PAS.

Menurut Ketua Pemuda PAS Terengganu, pegawai polis tersebut bernama 'Khairuddin' dan berpangkat DSP menuduh Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu sebagai komunis dan Penasihat PKR Dato' Seri Anwar Ibrahim di label sebagai 'penjahat'.

Ramai lagi pemimpin PAS yang disebut pegawai terbabit, yang dikenal pasti adalah ACP Ahmad Hairudin Mokhtar, Ketua Cawangan Khas (Special Branch) Kontinjen Polis negeri Terengganu.

Ketua Polis negeri Terengganu SAC Dato Jamshah Mustapa sepatutnya tidak membenarkan anggotanya, apatah lagi pegawai kanannya mengeluarkan kenyataan 'jahat' sebegitu.

Anggota Polis Diraja Malaysia tidak wajar sekali-kali bertindak sebagaimana tindakan anggota polis pada zaman penjajahan British yang menangkap dan membunuh orang Melayu.

Perbuatan 'memfitnah' lebih dahsyat membunuh, justeru ia mesti dijauhi oleh anggota keselamatan yang berkhidmat dan dibayar oleh rakyat.

Sebagai anggota keselamatan, Hairudin sepatutnya tidak tunduk dengan arahan Umno untuk bercakap 'hodoh' dalam Program Multaqa Guru-guru J-Qaf yang diadakan di dewan Sekolah Kebangsaan Sultan Sulaiman 1 pada Rabu 16 November.

Yang nyata, Anwar yang dikatakan sebagai 'penjahat' dan Mad Sabu tidak pernah merompak dan tidak pernah menggunakan senjata api, walaupun dituduh komunis oleh Hairudin.

Wednesday, November 16, 2011

Wajarkah rakyat Terengganu dari Kuala Berang ke Batu Enam 'ditol dua kali'???

Kalau kita mahu ke Batu Enam, Kuala Nerus dan Kuala Berang, dan menumpang sekejap lalu di lebuh raya pantai timur fasa 2 (LPT) yang separuh siap, mungkin akan di kenakan tol sebanyak dua kali.

Sekali di Telemung dan sekali lagi persimpangan keluar berhampiran Kuari Bukit Jong.

Sekiranya kita mahu mengelakkan jalan biasa yang dipenuhi halangan hampir 30 lampu isyarat dari Kuala Berang ke Kuala Terengganu, kita akan cuba menyelinap keluar dari Kuala Berang melalui jalan Langgar untuk terus ke Kampung Tanggul.

Dari situ kita akan menikmati sedikit 'privasi' menelusuri pinggir sungai Terengganu dan melalui jalan kampung menuju ke Pasir Tinggi.

Tujuannya adalah untuk 'bersatu' dengan LPT yang bermula dari Bukit Payong untuk ke kampung Gemuroh, sebelum mengambil jalan menuju ke Batu Enam.

Jalan tersebut lebih menjimatkan masa dengan kelajuan biasa, kira-kira 30 minit sahaja kita boleh sampai ke persimpangan hadapan kuari Bukit Jong dan bandar Kuala Berang.

Namun, dua sekatan jalan raya yang bakal menunggu kita.

Walaupun 'gergasi' rumah tol yang akan membaham 'pitih' kita berhampiran kuari Bukit Jong belum dimulakan pembinaannya, namun 'gergasi' di Telemung sudah hampir siap.

Pembinaan Fasa dua LPT yang memakan belanja RM3.7 bilion dibiayai bersama dengan 50% dana kerajaan persekutuan dan 50% 'dana khas' kerajaan persekutuan.

Dana tersebut walaupun kedua-duanya hampir sama sebutannya, tapi ia berbeza.

Dana persekutuan adalah hasil cukai dan hasil bukan cukai yang dikutip oleh kerajaan Malaysia melalui pelbagai kenaan dan pembayaran ke atas rakyat.

Hasil cukai, sebagai contohnya cukai langsung, iaitu cukai pendapatan samada pendapatan individu atau pendapatan syarikat.

Hasil cukai tidak langsung pula dikutip oleh kerajaan juga daripada rakyat apabila mengenakan cukai-cukai seperti cukai perkhidmatan dan cukai jualan.

Cukai pendapatan dibayar terus kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri oleh orang atau syarikat yang kena cukai, manakala cukai perkhidmatan dan cukai jualan, dikutip oleh syarikat dari rakyat dan dibayar kepada kerajaan.

Selain itu, dana kerajaan yang dikutip melalui pelbagai perkhidmatan, bukanlah wang dari Umno atau Barisan Nasional.

Sebagai contohnya, pembayaran lesen kereta dan embayaran membuat paspot antarabangsa./

Itulah sumber dana kerajaan persekutuan.

Manakala Dana Khas Kerajaan Persekutuan adalah hasil royalti minyak dan gas yang dibayar oleh Petronas kepada kerajaan negeri Terengganu berdasarkan akta pembangunan petroleum 1974.

Royalti sebanyak 5% itu telah 'dirompak' oleh kerajaan persekutuan dengan memaksa Petronas supaya tidak membayar terus kepada kerajaan negeri Terengganu.

Royalti yang sepatutnya dimasukkan ke dalam akaun kerajaan negeri Terengganu telah dimasukkan ke dalam akaun kerajaan pusat.

Dana itulah kemudiannya disalurkan kembali kepada negeri Terengganu yang diberi nama 'Dana Khas Kerajaan Persekutuan'.

Oleh sebab itu, pembinaan LPT Fasa 2 keseluruhannya dibiayai oleh rakyat, samada ia dipanggil dana kerajaan persekutuan atau dana khas kerajaan persekutuan.

Ia berbeza dengan lebuhraya-lebuhraya lain yang diongkosi oleh wang swasta.

Wang swasta atau dana swasta adalah modal yang dicari dan digunakan oleh kontraktor yang membina sesuatu lebuhraya itu, dan apabila ia siap, syarikat pembinanya dibenarkan mengutip tol bagi membayar balik modal yang digunakan.

Ia dipanggil sebagai 'lebuhraya konsesi'

Namun LPT Fasa 2 hbukan lebuhraya konsesi kerana keseluruhan wang dibelanjakan adaah dari dana kerajaan, bukan dari sumber dana swasta.

Lebih-lebih lagi separuh dari kos pembinaan RM3.7 bilion itu adalah wang anugerah Allah SWT kepada rakyat Terengganu yang melimpahkan minyak di bumi Terengganu.

Dan sesungguhnya yang akan menggunakan jalan dari Kuala Berang menerusi Kampung Tanggul, Pasir Tinggi untuk ke Gemuroh dan Batu Enam sudah pasti adalah rakyat Terengganu; kalau tidak 100% tetapi pasti lebih 90%.

Justeru adakah wajar rakyat Terengganu di kenakan tol dua kali, sekalai di Tol Telemung dan sekali di Tol Kuala Terengganu berhampiran simpang keluar di Kuari Bukit Jong.

Monday, October 24, 2011

Cukai Pintu; Rakyat tanggung keghairan kerajaan Umno/BN

Disebalik pengisytiharan manifesto PAS yang berhasrat  mengecualikan cukai pintu rumah kediaman, ramai rakyat khususnya penduduk Kuala Terengganu tidak tahu bahawa sebenarnya mereka menanggung akibat ‘ghairah’ kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN).

Pada 1 Januari tahun 2008, dengan ‘ghairahnya’ Kuala Terengganu (KT) telah diisytiharkan ‘secara paksa’ menjadi sebuah ‘bandaraya’ tanpa memenuhi syarat yang ditetapkan secara kendiri.

Antara ‘pemaksaan’ yang di lakukan oleh kerajaan Umno/BN sanakan adalah meluaskan sempadan bandar KT supaya ia mencapai sehingga 295,000 orang, hampir memenuhi syarat sebuah bandaraya yang mesti mempunyai penduduk seramai 300,000 orang.

Pemaksaan kedua adalah, kerajaan Terengganu dipaksa menanggung beban kurangan hasil KT sebanyak RM50 juta setiap tahun.

[Gambar - Keghairahan baru Mad Said, Kuala Terengganu City Centre, sebagaimana dilancarkannya pada 20 Oktober baru-baru ini yang dijangka menelan belanja ribuan juta ringgt lagi]

Ia dilakukan demikian supaya mencukupkan hasil kutipan tahunan yang berjumlah RM30 juta kepada RM80 juta setahun, yang menjadi pra-syarat sebagai sebuah bandaraya.

Suntikan wang dari ‘kantung’ kerajaan menggunakan wang rakyat itu kekal sehingga hari ini.

Oleh itu, tindakan PAS mahu mengembalikan amalan pengecualian cukai pintu rumah kediaman sebagaimana yang telah dilaksanakan pada tahun 1999 hingga 2004, adalah amat wajar, kerana sememangnya kerajaan telah pun menanggungnya.

Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Said dalam beberapa kenyataannya telah menyalahkan rakyat yang menyebabkan beban itu ditanggung oleh kerajaan.

Katanya kegagalan penduduk menunaikan tanggungjawab membayar cukai pintu menyebabkan kerajaan negeri terpaksa memperuntukkan RM50 juta setahun bagi menampung kos operasi dan pembangunan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT).

Selain itu, beliau bercita-cita untuk menaikkan kadar cukai pintu MBKT yang menurutnya tidak pernah dinaikkan sejak 29 tahun lalu.

Menurutnya, sudah dua kali kajian mengenainya dijalankan kerajaan negeri dan didapati bukan sahaja rakyat menolak bahkan rakyat ‘mengugut’ kerajaan

Rakyat Terengganu khususnya warga KT sudah celik dan tidaklah ‘sebodoh’ yang disangkakn Umno/BN.

Mereka tidak  menerima bulat-bulat cadangan kerajaan menaikkan cukai pintu kerana mereka sudah ‘membaca’ dan terus memerhati gelagat pemimpin Umno/BN.

Sejak Umno/BN merampas kerajaan daripada PAS pada tahun 2004, sehingga kini, lebih RM6 bilion (Enam Ribu juta Ringgit) telah dibelanjakan kerajaan dari hasil royalti.

Jadi, apa salahnya, dengan wang yang begitu banyak, rakyat mendapat sedikit ‘nikmat kebajikan’ tanpa mengira fahaman politik dan kecenderungan ‘kroni’.

Walaupun kerajaan menabur pelbagai janji dengan mencanangkan pelbagai projek pembangunan dan bantuan, namun hasilnya bukan dinikmati seluruh rakyat.

Sebagai contoh, agihan wang ehsan dana raya bernilai RM60 juta pada tahun ini, tahun 2011.

Mereka yang medapat wang tersebut hanyalah dikalangan suku sakat dan kroni Umno dan Jawatankuasa Kemajuan dan keselamatan Kampung (JKKK).

Rakyat yang benar-benar berhajat, susah dan miskin, tidak menikmatinya.

Umno/BN Terengganu perlu sedar, sekarang adalah zaman ICT, maklumat dihujung jari.

Ramai rakyat Terengganu yang tinggal diluar, walaupun jaraknya jauh, tetapi mereka terlalu ‘rapat’ dengan setiap perkembangan yang berlaku di Terengganu.

Sebagai contoh, diperturunkan apa yang dikutip melalui perbualan mereka dalam alam siber seperti dibawah;
“Aku dah banyak baca dan dengar info dari MB Terengganu, nak wak tu la, nok wat ni la. Katanya lagi, nak perbanyakkan lagi pembangunan di bandaraya KT, sesuai dgn taraf City. Kononnyer la... For example :

1. KT Sentral
2. KTCC
3. Jambatan Kuala Nerus, Jambatan Pulau Sekati
4. Nak Buat Bangunan 18 tgkat MBKT
5. Nak Buat Rumah Pangsa di Padang Hiliran
6. Nak buat Parking Bertingkat ( 5 Tingkat)berhampiran Wisma Darul Iman
7. Nak buat Dataran Darul Iman ( Tapak Stadium Sultan Ismail Nasirudin Shah)
8. Nak buat Shopping Mall ( Paya Bunga Square)
9. Nak besarkan Jalan KT-Tepuh
10. Nak besarkan Pekan Tepuh
11. Nak Buat Hospital Jantung Terengganu
12. Nak buat Rumah Pangsa di Seberang Takir
13. Nak Naikkan Taraf Pasar Payang supaya Moden
14. Nak Majukan Kg Ladang, Lorong Jamil
15. Nak banyakkan Hotel2 di bandar KT
16. Nak ujudkan Bandar Baru Bukit Besar
17.Nak adakan Kabel Car di Tasik Kenyir
18. Nak ujudkan Stesen Bas Berpusat
19. Nak buat Fly Over di Bulatan Batu 6
20 Nak buat Fly Over gak di Persimpangan Jln KB-KT
21. Nak Buat Rumah Mampu Milik (apartment) di Sepanjang Kg Tanjung Kapur
22. Nak Buat Menara Pelancongan 20 Tingkat di Sebelah Astaka
23. Nak buat tu, nak buat ni, janji-janji-janji

Tapi yang aku tengok, bila aku meninjau2 Bandar KT yang treamat kecil tu.... yang aku dapati dari senarai no 1 ke nom 22, satu pun tad ada. Kata orang Habuk pun terak.
Yang ada hanya no. 23 je...So zamang bila lagi KT nak maju niiii.......Sampai la pun tak start2 lagi

I have to agree with you, planning bagai nak rak, tapi outcome habuk pun xde. Well, this is what we got when we have stupid people and opportunists running the state. I mean, c'mon, the current MB mat Said is not even qualified to be a Secondary school headmaster, let alone a state minister. yes, I heard a lot about all these projects listed above, but i think some of them will materialise, cuma lambat. And when u have people like Wan Hisham and the cronies of the former MB (Cik derih Jusoh), then i think these projects akan ambik masa untuk dilaksanakan, simply coz they all tengah bahagikan or look for opportunities yg akan bagi benefit bagi mereka. biasa la kalo UMNO yg memerintah, DUIT kene masuk pocket diorang dulu, then baru bleh laksana project, dok gitu?


Okey, apa yang dikatakan anda memang tepat. Cuti Chinese New Year aku ada balik KT 4 hari. Aku pi tinjau kat Projek Paya Bunga Square, projek dah tak jalan. Dah stop hampir 2 Bulan. No progress at all, still basement completed. other than that, no activity, kemungkinan besar terbengkalai la tu, biasa la Terengganu. Planing bukan main nak rak.... bila dah start, projek mampuh... tu satu contoh.

Contoh lain mengikut sejarah : Kompleks Sukan Gong Badak. Planing tahun 1984, 1984 tau.... Projek Start pada tahun 2004. Bila start je piling.... dah terbengkalai dalam setahun. Lepas tu sambung lagi.... sampai 2008 baru nak siap, nak kejar SUKMA. Lepas 2 Runtuh la pulak.... Tu baru 2. Sejarah lain lagi.. LPT, planing 1999. Sampai sekarang pun LPT tak siap2. Progress pun dah tak bergerak Masih 50% dari bulan Okt 2009 sampai sekarang.. Feb 2010. mgkin 5 tahun akan dtg pun tak siap2. Tu yang ke tiga.... Dan yang seterusnya, sekarang duk asyik buat kenyataan yang sama..... dari tahun lepas, sampai tahun ni.... nak Buat KT Central dan macam2. Berbulan2 malah hinga makan tahun... duk cakap bende yang sama. Tapi tak start2 pun. Contoh lagi KTCC, dari tahun 2006, masa PAk LAh, sampai sekarang tak ada progress langsung. Contoh lagi, HOtel MAIDAM. Dari tahun 2008 planing... sampai sekarang tak nampak bayang. Contoh lagi..... Sekolah SUKAN... mana pergi dah masuk 2 tahun kan...... mana ? Kesimpulannya..... hanya omongan sahaja di Terengganu. Betul kata kau.... memang stupid MB.”


Oleh itu, tindakan rakyat tidak bersetuju dengan cukai pintu itu, sebenarnya adalah tindakan yang betul, kerana mereka menolak ‘ghairah Umno/BN’ yang memaksa KT menjadi bandaraya.

Justeru wajarlah rakyat menolak Umno/BN pada pilihanraya umum yang akan datang, dan memberi peluang kepada PAS untuk mengotakan janji manifestonya yang bertema Terengganu maju, Islam Berdaulat, Negeri Berkebajikan.

Sekiranya PAS tidak berupapaya dan gagal melaksanakannya, ubah dan pilih kerajaan yang lain.

Bukankah rakyat diberi pilihan?

Tuesday, October 4, 2011

Apabila Ahmad Said jaja tanah dan rumah, maknanya pilihanraya terlalu hampir

Pada 20 Mac, 2010, ketika penduduk Kampung Paya Bunga Kuala Terengganu merintih memohon belas ihsan kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) Terengganu, mereka tidak dipedulikan.

Permohonan mereka supaya kerajaan memberikan rumah tempat berteduh, menahan panas terik mentari pada waktu siang dan dingin embun, tatkala dinihari, tidak dihiraukan.

Malah, kerajaan Umno/BN menuduh mereka meneroka tanah-tanah secara haram, walaupun penduduk tersebut dapat membuktikan, mereka telah diberi lesen TOL sejak puluhan tahun lalu.

Monday, June 6, 2011

Yang memaki polis itu si Puteri Umno...... .....yang ditangkap khalwat itu pemimpin Umno Terengganu, benarkah begitu?

Sekembalinya daripada membuat liputan Muktamar PAS ke -57 di KUIZM Taman Melewar, satu SMS dari arus bawah membawa khabar; seorang pemimpin kanan Umno Terengganu ditangkap berkhalwat dengan seorang janda, benarkah begitu?

Diperincikan, pemimpin Umno yang ditangkap khalwat dengan janda muda itu berlaku pada 26 Mei lalu, dalam sebuah rumah, di sebuah kampung dalam bandaraya Kuala Terengganu.

Khabarnya, gerak maksiat si pemimpin Umno itu sudah lama di'hendap' orang kampung, hanya tunggu masa dan ketika yang sesuai untuk diberkas.

Thursday, May 19, 2011

Bantahan demi bantahan; tidak dipedulikan oleh Ahmad dan kerajaan

Bantahan demi bantahan telah disuarakan oleh rakyat terhadap polisi dan perlaksanaan program Mentei Besar, Dato' Seri Ahmad Said dan kerajaan Umno-BN Terengganu.

Namun, sikap Ahmad yang 'keras' telah menolak suara rakyat dan menyelar tindakan bantahan yang dilakukan

Terbaru, kira-kira 100 penduduk termasuk pemilik premis perniagaan disepanjang jalan di Jalan Sultan Zainal Abidin di Kampung Tanjung di sini.

Mereka membantah tindakan kerajaan khususnya Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) yang mengubah laluan dua hala di Jalan tersebut kepada jalan sehala sejak seminggu lalu.

Sunday, May 8, 2011

Kritik Ahmad, kakitangan di gelar 'pengkhianat?

Menteri Besar Terengganu Dato' Seri Ahmad said pernah berkata, slogan Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan – rakyat perlu didahulukan, bukan sekadar janji manis.

Namun, hakikatnya, beliau sendiri yang sering 'bermulut manis' berjanji projek itu dan ini, serta mengurus tadbir kerajaan Terengganu umpama mentadbir syarikatnya 'sendirian berhad'.

Beliau telah berjanji, kerajaan BN Pusat akan membayar royalti petroleum sepenuhnya kepada rakyat dan negeri Terengganu.pada bulan Mac 2011 lalu

Wednesday, April 20, 2011

Kesian MB Umno tak ada kuasa

Hari ini, MB Umno Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob. berkata kerajaan negeri Pahang tidak mempunyai kuasa untuk melulus dan menutup pembinaan kilang pemprosesan logam nadir bumi (rare earth) milik Syarikat Lynas Corporation Ltd dari Australia.

Beliau berkata Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri yang menterinya kini adalah tokeh 'gelombang merah Kelantan' melulus projek tersebut.

Menurut Adnan, kementerian Mustapha Mohamed meluluskannya selepas kajian mendalam oleh Lembaga Perlesenan Tenaga Atom mengenai tahap keselamatan penduduk terhadap kesan radioaktif atau radiasi dari kilang tersebut.

Sunday, April 3, 2011

Tempat Letak Kereta Bertingkat Bakal Jadi Monumen 'Gajah Putih'

http://buletinonline.net/images/stories/berita45/parkingbertingkat.jpg- 10 tahun lagi pun belum tentu ada pulangan kepada kerajaan!
KUALA TERENGGANU
- Kesesakan ditengah-tengah Kuala Terengganu sebagai sebuah 'bandaraya' bukanlah berlaku pada setiap hari sebagaimana yang berlaku di bandaraya-bandaraya lain.

Kuala Terengganu hanya sesak pada hari-hari tertentu, umpamanya pada hujung minggu dan hari-hari cuti serta perayaan.

Kesesakan itu pula bukan berlaku sepanjang 24 jam, ia hanya berlaku apabila ramai yang mahu berurusan dengan pihak bank.

Wednesday, February 9, 2011

Ahmad Said 'mengancam' guru pula.......



,,,,,, setelah 'mengugut JKKK' dan Exconya sendiri

Oleh kerana menyanggah program politik peribadinya, Menteri Besar negeri Terengganu Dato' Seri Ahmad Said marahkan rakyat, jentera kerajaan dan Exconya sendiri.

Pada tahun 2008, dalam usahanya mengekang pengaruh kumpulan bekas Menteri Besar Dato' Seri Idris Jusoh, Ahmad Said telah menggariskan peraturannya sendiri.

Ketika itu, pemilihan Umno bahagian sedang memuncak, Ahmad Said dan kumpulannya tahu, sekiranya tidak disekat, pengaruh Idris akan membesar dan menyusahkan rencana politiknya.

Tuesday, January 25, 2011

Rekod Terengganu terus tercalar; Penagih meningkat 21%, Pengedar Bertambah 24%, 11,539 keseluruhan

Terengganu adalah antara negeri yang paling 'top' berkaitan penagihan dadah dan pengedaran dadah di Malaysia apabila pada bulan September tahun lalu dilaporkan Terengganu merekodkan jumlah penagih dadah yang tinggi.

Sepanjang tujuh bulan pertama tahun 2010, sebanyak 1,584 penagih berbanding hanya 108 bagi tempoh yang sama tahun lalu iaitu meningkat kepada 1,366.67 peratus.

Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) negeri Terengganu Wan Addenan Wan Mohd Noor berkata, daerah Besut mencatatkan bilangan penagih paling tinggi iaitu seramai 445 diikuti daerah Kemaman (351) dan Kuala Terengganu (229) manakala Dungun (188), Hulu Terengganu (128) dan Setiu (91).

Friday, January 21, 2011

Umno Terengganu masih 'kelam kabut'

Walaupun tampuk kepimpinan Umno Terengganu telah dikembalikan kepada Dato' Seri Ahmad Said, tiada penyelesaian kepada keadaan 'kelam kabut' yang melanda kepimpinan Umno negeri

Seorang pemimpin Umno peringkat bahagian memberitahu, Ahmad Said 'berhelah' kepada Presiden Umno, Dato' Seri Najib Razak dengan mengatakan, sekiranya mahu Terengganu menang dalam pilihanraya umum akan datang, kepimpinan mestilah diserahkan kepada beliau.

Kata pemimpin Umno itu, sebenarnya perlumbaan untuk menjawat jawatan Pengerusi Perhubungan adalah soal wang, siapa yang memegang jawatan tersebut berkuasa diatas penggunaan wang untuk kempen Umno.