Tuesday, August 11, 2009

SPRM Mesti ADIL dan Mesti Kelihatan Adil !

Sudah 3 orang termasuk yang terbaru pemimpin UMNO Terengganu yang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah malaysia (SPRM). Sebelum ini dua orang bekas pemimpin peringkat Perhubungan Negeri UMNO Terengganu disiasat, namun sehingga kini belum ada apa-apa pendakwaan yang dibuat.

Perdana Menteri memberi komen, dengan penahanan dan penyiasatan keatas pemimpin UMNO menunjukkan bahawa SPRM adil. Itu tidak cukup dan sebenarnya ia adalah tidak adil dan tindakan SPRM hanyalah untuk mengabui mata rakyat sahaja.

Saya berkata demikian kerana, pemimpin UMNO dan yang ada hubungan dengan UMNO hanya disiasat tetapi tiada pendakwaan yang diambil. Kecuali mereka-mereka yang tidak lagi berfaedah kepada UMNO, seperti bekas Menteri atau pun bekas wakil rakyat.

Namun apa yang belaku kepada wakil rakyat dari Behrang dan Changkat Jering, mereka disiasat dan ditahan ketika dalam parti pembangkang. Namun apabila mereka keluar dari parti pembangkang, kes rasuah dan 'sedekah' seks mereka jadi senyap sunyi.

Begitu juga dengan kes kematian Teoh beng Hock. Penyiasatan mesti dilakukan secara adil. Bukan hanya kepada wakil-wakil rakyat kerajaan Selangor sahaja yang mesti disiasat tetapi mesti turut disiasat wakil-wakil dari pembangkang, terutamanya Dato' Seri Mohad Khir Toyo yang membina rumah dengan kos RM24 juta.

Walaupun beliau mendakwa kos rumahnya hanyalah RM2. 4 juta, namun rakyat tetap mahukan penjelasan, dari mana beliau mendapat RM2.4 juta itu.

Siasat lah secara adil...dakwalah secara adil.... supaya SPRM menjadi badan yang tidak diragui oleh semua rakyat. Sekiranya SPRM diragui masyarakat maka SPRM tidak akan menjadi badan bebas selama-lamanya.

Organisasi mencegah rasuah sebelum ini, Badan Pencegah Rasuah (BPR) dilihat sebagai komponen parti Barisan Nasional. Begitu juga dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM). Kini rakayt memangil pasukan tersebut sebagai 'Polis Raja Di Malaysia'.

Mengapa rakyat menggelar pasukan penguatkuasa itu begitu? Kerana Polis telah bekerjasama dengan UMNO dan Barisan Nasional Perak, masuk ke dalam Dewan Undangan Negeri Perak.
Sedangkan tindakan itu adalah mencabuli prinsip-prinsip asas sistem demokrasi.

Kerajaan tidak boleh mengatakan tidak kepada masalah tersebut, kerana semua rakyat dapat melihat klip video bagaimana polis masuk dan mengheret wakil-wakil rakyat yang dipilih oleh rakyat macam 'budak-budak sekolah'.

Selama-lamanya, apa jua alasan, polis tidak berhak membuat demikian, dalam Dewan Undangan Negeri atau parlimen !

Tuesday, August 4, 2009

Rasuah lebih mulia dari demonstrasi jalanan ?

Pada 1 Ogos, Demonstrasi Jalanan Secara Aman anjuran Gerakkan Mansuhkan ISA (GMI) diadakan bagi mendesak kerajaan menghapuskan akta zalim tersebut.

Demonstrasi tersebut diadakan pada 1 Ogos bagi memperingati genap 40 tahun akta zalim itu di amalkan dalam undang-undang Malaysia.

ISA pada awalnya digunakan untuk membendung kegiatan komunis telah di manipulasi oleh kerajaan UMNO dan Barisan Nasional (BN) untuk menghancurkan musuh-musuh politiknya.

Demonstrasi tersebut terpaksa diadakan kerana sudah tidak jalan lain lagi bagi mendesak kerajaan menghapuskannya dari bumi Malaysia.

Demonstrasi tersebut jelas adalah himpunan secara aman, kerana walaupun berulang kali ditembak dengan ratusan das gas pemedih mata, dan di sembur dengan berliter-leter air kimia beracun, tidak seorang pun dari para demonstran yang merosakkan harta benda awam mahu pun barangan peribadi atau milik syarikat.

Namun, sudah dijangka, media dalam kawalan UMNO/BN dipaksa menulis apa yang dituduh oleh pemimpin UMNO/BN dan mencatat segala skrip propaganda murahan parti bankap itu.

Lalu dengan tekanan dan susunan beberapa pengaturcaraan, beberapa media telah mencatatkan bahawa demonstrasi aman pada 1 Ogos lalu telah menyebabkan beberapa syarikat perniagaan dan pnaga serta penjaja kecil dikatakan rugi ratusan ribu ringgit.

Pada 2 Ogos, seorang pemimpin UMNO yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Terengganu telah ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana didapati menerima rasuah.

Ketika ditahan, sebagai bukti, bersama ADUN tersebut terdapat wang tunai RM5,000.

Namun tidak ada media yang mengaitkannya dengan kerugian rugi puluhann juta ringgit kerana rasuah yang ditanggung oleh kerajaan dan pihak swasta.

Tidak ada pemimpin UMNO yang membuat kenyataan tentang isu rasuah, seolah-olah melakukan rasuah, memberi dan menerima rasuah itu lebih mulia dari demonstrasi jalanan.

Tidak ada pemimpin UMNO yang berani membuat kenyataan kerana perbuatan memberi dan menerima rasuah ini, selain dilaknat oleh Allah adalah melanggar undang-undang dan perlembagaan Malaysia.

Tidak ada pemimpin UMNO khususnya Menteri Dalam negeri yang mengatakan bahawa semua kes rasuah akan disiasat dan diambil tindakan.

Berbeza dengan demontrasi anti ISA yang berlaku, Hishamudin mengatakan beberapa pemimpin Pakatan Rakyat akan disiasat kerana menganjurkan perhimpunan haram.

Sekaligus Hishamudin lupa tentang dua ladi pemimpin UMNO Terengganu yang telah ditahan dan disiasat oleh SPRM berkaitan rasuah melibatkan jutaan ringgit wang rakyat.

Apakah rasuah lebih mulia dari demonstrasi jalanan ?

Apakah Himpunan Jalanan Lebih Hina dan berbahaya dari rasuah ??